Fransiskus bertemu lapan mangsa penderaan seksual di Dublin

Pada lewat petang 25 Ogos, Sri Paus Fransiskus bertemu dengan lapan orang mangsa penderaan seksual di Ireland.

Aug 31, 2018

DUBLIN, Ireland: Pada lewat petang 25 Ogos, Sri Paus Fransiskus bertemu dengan lapan orang mangsa penderaan seksual di Ireland.

Menurut kenyataan dari jabatan akhbar Vatikan, Sri Paus bertemu dengan para mangsa tersebut lebih kurang satu jam.

Dilaporkan bahawa turut hadir ialah Ny Marie Collins, Fr Patrick McCafferty, Fr Joe McDonald, Anggota Dewan Kota Dublin Damian O’Farrell, Paul Redmond, Clodagh Malone, Bernadette Fahy, dan mangsa yang tidak mahu disebutkan namanya.

Dalam ucap tamanya di Ireland pada pagi 25 Ogos, Sri Paus mengakui “skandal besar di Ireland yang disebabkan oleh penderaan seksual anak muda oleh anggota-anggota Gereja adalah kerana “kegagalan autoriti gerejawi dalam mengatasi kejahatan-kejahatan menjijikkan ini.”

Sebelum berangkat menemui para mangsa, Paus Fransiskus terlebih dahulu berdoa hening di hadapan Sakramen Mahakudus di Pro-Katedral Dublin di mana lilin dinyalakan sejak tahun 2010 untuk mengenang semua korban kekerasan dan penderaan seksual yang dilakukan oleh organisasi, yayasan dan klerus dalam Gereja.

Mereka yang hadir dalam pertemuan itu juga mengatakan kepada Vatican News, betapa tegasnya Sri Paus Fransiskus mencela perbuatan menutup kesalahan dan pelanggaran yang mencemar martabat manusia, yang dilakukan oleh para klerus sendiri.

Fransiskus menggambarkannya sebagai “caca,” istilah sehari-hari dalam bahasa Sepanyol yang secara harfiah bererti “kotoran” atau “tahi.” — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments