Fransiskus seru Paderi, religius jadi saksi Tuhan yang teguh, konsisten

Fransiskus seru Paderi, religius jadi saksi Tuhan yang teguh, konsisten

Sep 21, 2018

Palermo, Itali: Dalam kunjungan sehari ke Sicily pada 15 Sept lalu, Sri Paus Fransiskus menyatakan kepada para imam dan religius untuk melawan kejahatan dan berusaha menjadi saksi-saksi Tuhan yang teguh dan konsisten.

“Kita harus memilih jalan hidup yang berpandu kepada Tuhan dan demi kepentingan orang lain,” ujar Sri Paus kepada sekumpulan paderi, religius dan seminarian di Palermo, Itali, baru-baru ini.

“Kesaksian kita hanyalah satu iaitu kepada Yesus Kristus. Dan kerana cinta-Nya, para paderi bertempur setiap hari untuk melawan kejahatan dan segala perkara duniawi yang cuba memisahkan kita daripada kasih Tuhan.”

Bapa Suci merujuk kepada Beato Pino Puglisi, yang dibunuh oleh Mafia 25 tahun yang lalu. Menurut Sangti Papa, Beato Pino berdiri teguh “dalam kesederhanaan yang tulen. Kesederhana Beato itu menunjukkan tanda keyakinan teguh Beato itu dalam hidup bakti kepada Tuhan, yang bukan mencari penghiburan dan kemuliaan dari dunia.”

Umat juga berharap para paderi dan para religius untuk merendahkan diri. Katanya, “Orang ramai tidak terkejut apabila melihat imam itu ‘tergelincir,’ orang yang berdosa, bertobat dan meneruskan kehipan ... Orang ‘bercakap’ jika paderi mereka yang mereka lihat itu bersikap keduniawian dan mementingkan material dunia.”

Orang ramai berasa jijik jika mereka melihat seorang paderi berlagak seperti “seorang eksekutif,” bukan pastor. “Dan ingatlah perkara ini dalam minda ini, menjadi gembala “ya” bukan “eksekutif!”

Dalam pertemuan tersebut, Sri Paus juga bercakap mengenai klerikalisme, bahawa klerikalisme adalah pemikiran yang memikirkan Gereja “di atas dunia,” di mana sebenarnya, “Gereja di dalam dunia, untuk menjadikannya seperti ragi dalam adunan.”

“Atas sebab ini, saudara dan saudariku terkasih, setiap bentuk klerikalisme mesti dihapuskan. Klerikalisme adalah salah satu kudis yang paling sukar untuk dibuang hari ini.” Uskup Roma itu juga memberi amaran terhadap amalan memuja kerjaya, yang dikaitkannya dengan kekuasaan seraya menekankan bahawa para imam dan religius adalah untuk melayani para umat beriman. Menjadi saksi-saksi Tuhan yang baik serta tidak berpura-pura di mana sikap itu amat dekat dengan klerikalisme.

Fransiskus juga mengkritik tentang projek-projek pastoral yang selalu bersifat “Firaun” atau mewah. “Kita turun berjumpa dengan orang, dengan merendahkan diri, bertemu dengan mereka yang mahu dikasihi oleh Yesus, bukan mempamerkan kemewahan.

“Pelan pastoral memang perlu tetapi utamakan pelan yang membantu umat, mewartakan Injil. Bertemu, mendengar dan berkongsi adalah cara Gereja yang sangat sesuai. Katanya. “Rancangan Pastoral adalah perlu, tetapi sebagai cara, cara untuk membantu (orang-orang dekat kita), memberitakan Injil, bukan sebaliknya. Cara pertemuan, mendengar, perkongsian adalah cara yang baik untuk menggereja.”

Sri Fransiskus menyenaraikan cara untuk membangun Gereja dalam paroki seperti membantu kaum muda di sekolah, berjalan bersama umat ketika mereka merenung panggilan mereka, bertemu keluarga dan orang sakit, mewujudkan tempat pertemuan untuk berdoa dan belajar. Ini adalah “penjagaan pastoral” yang membawa hasil yang sangat baik, ujar Sangti Papa.

Bapa Suci juga mengutuk perbuatan bergosip dan pilih kasih di kalangan paderi dan religius yang menurutnya harus tidak berlaku di kalangan pemimpin Gereja. Umat harus disayangi dan diperlakukan sebagai adik-beradik, bukan dikategorikan atau dilayani berdasarkan status. Sekali lagi, Bapa Suci memberi teladan Beato Pino yang mengalu-alukan semua orang dengan hati terbuka, malah penjenayah. — CNS/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments