Garis Panduan Liturgi dan Bahan Sumber Doa untuk Minggu Suci 2021 di Keuskupan Agung Kuala Lumpur

Gereja-gereja, chapel dan pusat-pusat Misa akan dibuka untuk Misa umum bermula dari 13 Mac, Yang Amat Mulia, Uskup Agung Julian Leow D.D, Uskup Agung Kuala Lumpur telah menugaskan Komisi Liturgi Keuskupan Agung untuk mempersiapkan panduan liturgi dan bahan sumber kebaktian keluarga untuk sambutan Minggu Suci yang selamat dan bermakna.

Mar 12, 2021

Keuskupan Agung Kuala Lumpur
NOTIS CHANSERI

Gereja-gereja, chapel dan pusat-pusat Misa akan dibuka untuk Misa umum bermula dari 13 Mac, Yang Amat Mulia, Uskup Agung Julian Leow D.D, Uskup Agung Kuala Lumpur telah  menugaskan Komisi Liturgi Keuskupan Agung untuk mempersiapkan panduan liturgi dan bahan sumber kebaktian keluarga untuk sambutan Minggu Suci yang selamat dan bermakna.

A. Garis Panduan Merayakan Liturgi Minggu Suci 2021 Dengan Kudus dan Selamat
Garis panduan ini yang dikeluarkan oleh Keuskupan Agung harus menjadi asas penyusunan liturgi Minggu Suci yang bermanfaat, bermakna dan selamat oleh  paroki dan komiti liturgi masing-masing. 

B. Doa Ibadat Minggu Suci untuk Keluarga
Oleh kerana tidak mungkin bagi setiap orang dapat kembali secara fizikal ke Misa awam kerana kesihatan, umur atau keupayaan terhad gereja kita, sumber yang memberi makna akan disediakan dalam empat bahasa bagi keluarga dan individu di rumah.

Harap maklum bahawa Uskup Agung terus memberi pelepasan kewajipan terhadap umat dari kewajipan menghadiri Misa pada hari Minggu dan hari-hari suci wajib tetapi sangat mengesyorkannya mereka yang tidak dapat hadir agar mengikuti Misa dalam talian dan menggunakan bahan renungan di atas untuk kesegaran rohani.

C. Memperpanjang Waktu Pembukaan untuk Khamis Suci dan Jumaat Agung
Atas permohonan Uskup Agung, Kementerian Perpaduan Nasional telah  memberi kebenaran melalui surat bertarikh 5 Mac 2021 untuk memperpanjang waktu pembukaan Gereja pada Hari Khamis Putih dan Vigil Paskah sehingga 12 tengah malam.

Untuk Misa dan ibadat-ibadat lain (termasuk Ibadat Jumaat Agung), paroki harus memastikan bahawa mereka mengikuti waktu pembukaan yang ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Nasional:

6.00 pagi - 2.00 petang
4.00 petang - 10.00 malam

D. Misa Krisma Tahunan
Misa Krisma tahunan di mana para paderi memperbaharui janji-janji imamat mereka dan di mana minyak suci diberkati dan dikonsekrasi, dijadualkan berlangsung pada 24 Mac 2021 di Gereja St Thomas More pada jam 6.00 petang.

Disebabkan kapasiti tempat duduk yang terhad, Misa ini terhad kepada para paderi dan tetamu undangan. Ia akan disiarkan secara langsung dari TV.ArchKL untuk bagi umat beriman yang tidak  dapat hadir secara fizikal.

Oleh kerana kita tidak dapat merayakan Minggu Suci di gereja-gereja kita tahun lalu kerana pandemik dan PKP, marilah kita berdoa agar perayaan tahun ini yang merupakan ungkapan iman kita, dapat dilakukan dengan aman, hormat dan dengan sukacita. Seperti yang diungkapkan dalam kata-kata pembukaan Vigil paskah:

“Jika kita memperingati kemuliaan Paskah Tuhan dengan cara ini, mendengarkan firman-Nya dan meraikan misterimisteri-misterinya, maka kita akan memiliki harapan pasti untuk berkongsi kemenangan-Nya mengatasi kematian dan tinggal bersama-Nya di dalam Tuhan.”

Fr Michael Chua
Chanselor
Keuskupan Agung
Kuala Lumpur Mac 11, 2021

Total Comments:0

Name
Email
Comments