Gemakan belas kasihan Tuhan di setiap penjuru dunia

Ahli-ahli Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan Agung Kota Kinabalu (SOCCOM ADKK) telah melawat dua paroki baru-baru ini yang bertujuan menyebarkan pesan

May 18, 2019

KOTA KINABALU: Ahli-ahli Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan Agung Kota Kinabalu (SOCCOM ADKK) telah melawat dua paroki baru-baru ini yang bertujuan menyebarkan pesan Injil belas kasihan Tuhan kepada umat manusia. Mereka mengunjungi Gereja St Pius X Bundu Tuhan pada 5 April dan Gereja St Peter Kuat pada 12 April. Di kedua-dua paroki ini, SOCCOM ADKK menjalankan program Tahun Belas Kasihan (YoM).

Tahun Luar Biasa Belas Kasihan telah diumumkan oleh Sri Paus Fransiskus pada 5 Dis 2015 dan berakhir pada 20 Nov 2016. Meskipun tiga tahun telah berlalu, SOCCOM ADKK masih meneruskan program YoM untuk menyampaikan pesan Tuhan kepada umat di peringkat paroki, “Apa maksud Belas Kasihan kepada saya dan keluarga?”

Pada tahun ini, ahli-ahli Soccom ADKK menyertai Father Thomas Madanan dalam menyampaikan sesi ialah Sr Bibinah Dunsia FSP, Ruben Sario, Gideon Abel dan Joseph Leong. Mereka menyampaikan katekesis berdasarkan petikan Injil kisah Zakheus (Lukas 19:1- 10) dan memberi kesaksian peribadi mereka tentang belas kasihan Tuhan dalam hidup mereka.

Dalam sesi katekesis, para penceramah mengajak umat paroki untuk berdamai dengan keluarga masing-masing melalui pengampunan dan aksi-aksi belas kasihan.

Melalui program YoM ini juga, Soccom ADKK meneruskan misinya untuk menyebarkan pesan Injil bukan sahaja melalui perkataan tetapi melalui perkongsian peribadi akan khabar gembira cinta dan belas kasihan Yesus Kristus.

Program YoM di Gereja St Pius X telah dihadiri lebih 150 orang manakala di Kudat, dihadiri lebih 50 orang umat.

Di samping menyampaikan kepada umat tentang pesan belas kasihan Tuhan, Soccom ADDK turut mengadakan program itu untuk mempromosi aktivitiaktiviti terbaharu komisi dan menggalakkan para umat untuk mewujudkan dan memperkukuhkan komunikasi sosial atau komiti publisiti. -- kkdiocese.net

Total Comments:0

Name
Email
Comments