Generasi Y dan Z ... beranikah anda bersaksi akan Kristus?

Ada kalanya, ketika menatap media jaringan sosial khususnya dalam aplikasi whatspp, ada banyak berita, imej dan pesan yang copy paste tanpa mempedulikan isi kandungannya.

Sep 14, 2018

JAKARTA: Ada kalanya, ketika menatap media jaringan sosial khususnya dalam aplikasi whatspp, ada banyak berita, imej dan pesan yang copy paste tanpa mempedulikan isi kandungannya.

Seorang belia mengongsikan bahawa dia mendapat pesan yang meminta orang ramai mendoakan Sri Paus yang menyambut ulang tahunnya pada bulan Julai lalu padahal ulang tahun kelahiran Sri Paus Fransiskus ialah pada bulan Disember!

Begitu juga dengan pelbagai imej penampakan Bonda Maria, kononnya ada awan terbentuk seperti Rosario, ada bayangan Bonda Maria pada shrine di pusat ziarah A — semuanya dicopy paste lalu ditularkan tanpa menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

Budaya copy paste seakan-akan memperlihatkan upaya yang tidak kreatif, ambil mudah dan malas meneliti fakta.

Baru-baru ini, seramai 40 peserta yang mengendalikan akaun media sosial di pelbagai Keuskupan di Indonesia telah berkumpul di sebuah hotel Jakarta bagi mengembang akaun media mereka dengan mengisi pelbagai isi kandungan pewartaan yang lebih kreatif.

“Sekarang kita bantu untuk lebih mengembangkan lagi dan lebih banyak lagi, lebih menjangkau ramai orang, lebih menarik, segar dan menawarkan lebih banyak maklumat rohani,” kata Sekretaris Eksekutif Komisi Kepemudaan Konferensi para Uskup Katolik Indonesia (KWI). Father Antonius Haryanto Pr dalam ucapannya mengajak kaum muda untuk aktif dan kreatif mewartakan Berita Baik melalui media sosial.

Fr Anton menggalakkan para belia menggunakan gambar dan video serta bagaimana memviralkan.

Dalam seminar ini juga, para admin akaun keuskupan dilatih membuat konten yang positif dan mesra dengan pelbagai lapisan usia umat Paroki.

“Jangan hanya copy paste, tetapi berani membuat isi kandungan yang menarik, menghasilkan sendiri idea dan rajin mengemas kini akaun keuskupan.”

Dalam seminar ini, seorang pemberi latihan kepada pelatih media sosial, Christian Kosim turut dijemput untuk memberikan sesi. Christian merupakan pendiri pendiri Instakatolik, Katolikvidgram dan Katolik Media . Salah seorang penceramah mengatakan, “Anda datang dari generasi Y dan Z… Kenapa tidak membahagikan pengalaman ini kepada generasi X dan babyboomers? Beranikah kita untuk bersaksi tentang Kristus?”

40 utusan keuskupan tersebut untuk visi misi OMK untuk pewartaan di media sosial yang mereka gunakan sehari-hari. “Daripada mengupdate yang isinya galau, lebih baik digunakan untuk membahagikan Firman Tuhan.

Setelah itu, peserta keuskupan diminta membuat peta demografi setiap keuskupan: bagaimana keadaan umat tempatan, apa yang unik dari keuskupan masing-masing dan sebagainya.

Media sosial kita akhir-akhir ini sudah sangat sesak dengan pelbagai macam ujaran kebencian dan provokasi yang menyesatkan.

Sebagai orang muda, kita hadir di dunia yang seperti ini bukan untuk semakin menyesakkannya dengan pelbagai macam isu dan provokasi negatif, tetapi menyejukkan situasi yang panas ini dengan menyuarakan damai dan persaudaraan.

Meskipun tugas pengendali laman web keuskupan ini kelihatan berat tetapi selepas seminar tersebut, para peserta semakin sedar serta mendapat inspirasi untuk menjadi agen Khabar Gembira serta mengajak lebih ramai kaum muda untuk memberi kesaksian dan mengungkapkan iman mereka melalui media sosial. — Tekun

Total Comments:0

Name
Email
Comments