Gereja bergantung pada kaum muda Katolik untuk menyebarkan iman

Umat Katolik hanyalah minoriti kecil di Vietnam, kaum mdua Katolik bekerja dengan kebanyakan orang yang tidak seiman. Maka, mereka digalakkan untuk bersaksi dan menginjil kaum muda yang masih belum mengenal Kristus."

Sep 11, 2021


HO CHI MINH:
Ramai belia Katolik yang berminat dalam penginjilan bertanya bagaimana cara Gereja untuk menyebarkan iman di kalangan kaum muda bukan Kristian? Soalan ini mencerminkan keprihatinan dan minat belia terhadap Gereja.

Umat Katolik hanyalah minoriti kecil di Vietnam, kaum mdua Katolik bekerja dengan kebanyakan orang yang tidak seiman. Maka, mereka digalakkan untuk bersaksi dan menginjil kaum muda yang masih belum mengenal Kristus."

Dalam karya penginjilan, masih ramai belia yang menggambarkan hierarki Gereja yang terdiri daripada klerus dan religius.

Pada hakikatnya, gambaran ini perlu diperluas lagi. Klerus dan religius hanyalah minoriti dalam Gereja. Sebilangan besar anggota yang membentuk Gereja adalah komuniti umat Tuhan - orang awam yang bekerja di kalangan masyarakat.

Belia yang telah dibaptis dan dididik dalam iman Katolik mempunyai tanggungjawab untuk memberitakan Injil. Mereka boleh menganjurkan atau merancang aktiviti serta menjalankan program-program yang dapat mentransformasi iman rakan-rakan mereka.

Orang tidak akan dapat mengasihi Gereja hanya kerana ajarannya yang baik sebaliknya orang akan tertarik dengan Gereja oleh kerana teladan-teladan hidupnya yang memberi inspirasi. Ramai belia yang berminat dalam Gereja hanya kerana mereka mengagumi belia lain, mencari keindahan atau keperibadian, ini tidak akan bertahan lama.

Gereja memerlukan belia Katolik yang berani mempraktikkan kepercayaan mereka di tengah-tengah dunia. Gereja memerlukan belia Katolik yang berani berbicara dengan mereka yang masih belum mengenal Yesus tentang iman Katolik.

Walaupun Vietnam mengalami kemerosotan dan kejatuhan moral dalam arus kemodenan, tidak ada yang lebih berharga daripada iman kaum muda. Dalam ajaran iman Katolik, banyak pelajaran moral yang tak terhitung jumlahnya, mengajar para remaja bagaimana hidup dengan baik dan berperikemanusiaan.

Memiliki iman yang kuat dapat membantu para belia mengatasi masamasa belia yang mencabar. Iman, jika dikongsi dengan baik, dapat diterima dengan baik dan pastinya mendorong anak muda untuk hidup dengan lebih damai dan bahagia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments