Gereja Katolik adalah sakramen keselamatan

Perkongsian para baptisan baharu 2024

Apr 26, 2024


Saya mahu menjadi pengikut Yesus kerana saya mempunyai kerinduan dan keinginan untuk menerima Tubuh dan Darah Kristus dalam perayaan Ekaristi, serta ingin memperoleh keselamatan dan kehidupan kekal.

Semasa mengikuti Inisiasi Kristian Dewasa, saya mulai sedar akan pentingnya sentiasa mendengar firman Tuhan, dan menerima teguran- teguran melalui firman Tuhan itu. Oleh itu, saya mulai berusaha untuk berdoa, membaca Injil dan menghadiri Misa Kudus.

Sebelum mengenal Yesus, rutin harian saya hanya berpusatkan kesibukan dunia. Apabila saya mulai mengikut kelas IKD dan mengenal Yesus, saya dapat merasai suatu ketenangan jiwa yang tidak dapat diberikan oleh dunia ini.

Saya juga merasa semakin dekat dengan Tuhan Yesus Kristus. Dan selepas saya mengikuti kelas IKD ini juga, ada ahli keluarga yang beragama Katolik yang sebelum ini selalunya mengisi masa pada hujung minggu dengan aktiviti duniawi juga mulai tekun berdoa dan menghadiri Misa Kudus.

Selepas dibaptis, saya berusaha memperkenalkan Kristus kepada mereka yang belum mengenal Dia, belajar merendahkan diri, mengasihi sesama kita dan hidup menurut Roh Kudus. — Charlee Yong Chew Chi, Katedral St Francis Keningau

Total Comments:0

Name
Email
Comments