Gereja kesal pelaku pemerkosaan biarawati dibebaskan

Para pemimpin Gereja di India marah dengan pembebasan dua orang pelaku pemerkosaan seorang biarawati Katolik dan sedang menunggu perbicaraan di sebelum diberi hukuman yang lebih lanjut.

Jan 20, 2017

RAIPUR, India: Para pemimpin Gereja di India marah dengan pembebasan dua orang pelaku pemerkosaan seorang biarawati Katolik dan sedang menunggu perbicaraan di sebelum diberi hukuman yang lebih lanjut.

Mahkamah di negeri bahagian Timur India itu telah membebaskan Dinesh Dhurv, 19, dan Jitendra Pathak, 25, pada 5 Januari. Kedua-dua pemuda itu telah dituduh memperkosa seorang biarawati Katolik berusia 48 tahun di sebuah klinik yang dikendalikan Gereja di Raipur, ibu kota negeri Chhattisgarh pada 20 Jun 2015.

Pengadilan mengatakan para pendakwa telah gagal memberikan bukti cukup bagi jenayah tersebut. Hakim Nidhi Sharma juga mengkritik “kelalaian serius” oleh polis dalam menyelidiki kes ini.

Keputusan mahkamah turut senada dengan Gereja. Selama dua bulan siasatan tersebut, para pemimpin Gereja dan aktiviti Hak Asasi Manusia (HAM) mendakwa polis dan pegawai kerajaan lalai dalam tugasan mereka.

Fr Sebastian Poomattam, setiausaha vikaris Keuskupan Raipur mengatakan kepada ucanews.com bahawa mereka sedang menunggu dan melihat apa tindakan kerajaan yang akan dilakukan untuk memastikan keadilan bagi korban.

Mereka juga ingin melihat apakah negara akan bertindak terhadap jabatan kepolisian yang tidak menangani kes tersebut dengan baik, kata Fr Sebastian.

Paderi itu mengatakan bahawa para pegawai polis senior menolak untuk menerima kebenaran bahawa biarawati itu telah diperkosa dan berusaha menutup kes jenayah tersebut.

“Kami sangat sedih dan sangat prihatin tentang perkembangan tersebut,” kata Fr Sebastian.

Para pegawai polis yang bekerja di bawah kerajaan pro- Hindu tidak menangani serius kes ini dengan sungguh-sungguh,” tekan Fr Sebastian dengan nada kesal.

Fr Sebastian menegaskan bahawa jika kerajaan tidak berbuat apa-apa atau enggan mengambil tindakan, “kami akan melakukan apa sahaja yang dapat kami lakukan demi mendapatkan keadilan bagi mangsa.”

Biarawati malang itu dikatakan sedang tidur di klinik ketika dua orang lelaki bertopeng memecah masuk sekitar jam 1.30 pagi, mengikat tangan dan kakinya ke tempat tidur dan membius biarawati itu sebelum memperkosa.

Polisi pada mulanya tidak mengendahkan insiden itu dan hanya menjelaskan bahawa dua orang lelaki itu hanya merompak. Namun, pelbagai protes dimulakan dari kumpulan Kristian dan parti pembangkang sehingga menggerakkan polis untuk menyoal siasat sekitar 200 orang dan menahan dua tertuduh.--Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments