Gereja pelbagai denominasi berdoa bersama Hari Matir Kristian

Gereja pelbagai denominasi berdoa bersama Hari Matir Kristian

Aug 03, 2018

NEW DELHI, India: Orangorang Kristian dari pelbagai denominasi di seluruh India mengenang mereka yang terkobran demi mempertahankan iman mereka dengan berdoa bersama setiap 22 Julai.

Pelbagai kumpulan Kristian, kebanyakan dari Gereja Pantekosta dan Gereja Protestan, merayakan Hari Martir India dengan berdoa bagi mereka yang terbunuh kerana mempertahankan iman mereka. Kebanyakan yang terbunuh itu adalah disebabkan oleh kumpulan Hindu pelampau.

“Seramai 10 orang Kristian telah terkorban dalam tiga tahun terakhir di tengah-tengah penganiayaan yang terus berlanjutan," kata Shibu Thomas, pendiri Persecution Relief, sebuah forum ekumenis yang memulkan aktiviti berdoa bersama tersebut, pada tahun lalu.

Di antara mereka yang terkorban adalah seorang pelajar berusia 14 tahun di Chhattisgarh, India Tengah, yang diperkosa dan dibunuh. "Gadis itu diserang kerana keluarganya menolak untuk meninggalkan iman Kristian mereka," kata Thomas kepada ucanews.com.

Hari Martir Kristian dirayakan mulai tahun lalu kerana kekhuatiran akan peningkatan keganasan terhadap orang Kristian di seluruh negeri.

Thomas mengatakan organisasinya telah mencatat 508 insiden serangan terhadap orang Kristian dari Januari hingga Jun tahun ini. Yayasannya mencatat 732 insiden seperti itu tahun 2017, dua kali lipat insiden keganasan yang terjadi terhadap orang Kristian setahun sebelumnya. —ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments