Hackathon Vatikan: belia guna teknologi ke arah kebaikan bersama

Seratus dan dua puluh orang pelajar dari 30 negara berhimpun di Vatikan dari 8 hingga 11 Mac untuk mempersembahkan kemahiran mereka dalam perniagaan, reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi bagi menangani isu-isu kemasukan sosial, dialog antara agama dan cabaran yang dihadapi oleh pendatang dan pelarian.

Mar 23, 2018

VATIKAN: Seratus dan dua puluh orang pelajar dari 30 negara berhimpun di Vatikan dari 8 hingga 11 Mac untuk mempersembahkan kemahiran mereka dalam perniagaan, reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi bagi menangani isu-isu kemasukan sosial, dialog antara agama dan cabaran yang dihadapi oleh pendatang dan pelarian.

Acara yang julung-julung kali diadakan ini — Hackathon — atau VHacks, dicipta dari dua perkataan: “hack” dan “maraton”. Walau bagaimanapun Hackathon Vatikan bukanlah mengenai aktiviti “menggodam” atau melanggar sistem keselamatan dalam talian, sebaliknya meletakkan teknologi dalam perkhidmatan demi kebaikan bersama, iaitu isu yang amat dekat di hati Paus Fransiskus.--Sumber Emanuela Campanile, VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments