Harapan Paroki-paroki jadi perintis instrumen organ dalam liturgi

Harapan Paroki-paroki jadi perintis instrumen organ dalam liturgi

Nov 16, 2018

KOTA KINABALU: Sekumpulan pemuzik Sabah dari tiga Gereja di bawah naungan Keuskupan Agung Katolik Kota Kinabalu berharap menjadi perintis dalam menggabungkan muzik organ dalam perayaan liturgi.

Di bawah bimbingan pakar liturgi, Father Cosmas Lee, para ketua koir dan pemuzik dari Katedral Sacred Heart, Gereja Mary Immaculate dan Gereja St Simon, telah diberi taklimat mengenai organ digital, alternatif yang lebih murah dan menjimatkan ruang berbanding organ paip.

Pakar alat muzik organ dan direktur koir, Alphonsus Chern, dari Singapura mengongsikan pengalaman muzik beliau kepada para pemuzik tempatan. Alphonsus percaya bahawa melalui ketekunan dan komitmen, visi pemuzik tempatan akan terlaksana.

Beliau yang juga membantu menyelaraskan pemasangan organ di Brunei, Indonesia dan Malaysi berkata, “Sabah sangat muda dari segi budaya ibadat Katolik. Umat mungkin bersedia menerima sesuatu yang berdasarkan prinsip-prinsip liturgi yang mantap dan dikongsi dengan mereka dalam cara yang menghormati dan empati.”

Alphonsus, yang juga seorang organis di Katedral Good Shepherd di Singapura, mengatakan tidak pernah terlalu awal atau terlambat untuk memperkenalkan alat muzik organ di gereja kerana ia “adalah alat yang sangat baik.”

Beliau menasihati para pemain organ agar tidak hanya berhasrat untuk berlatih sebaliknya memikul tanggungjawab mereka dengan serius dan dengan kerendahan hati.

“Berlatih, berlatih, berlatih. Sebagai seorang organis, peranan anda sangat kuat di dalam gereja, bukan hanya memainkan peralatan yang paling mahal di sana tetapi tanggungjawab anda juga besar. Jalankan peranan anda dengan serius dan dengan kerendahan hati. Jangan bermain alat itu kerana memuaskan ego anda sendiri. Anda adalah hamba kepada liturgi dan kongregasi umat. Selalulah berdoa, mohon berkat Tuhan untuk kerendahan hati,” ujar Alphonsus.

“Ibadat liturgi adalah cara untuk membawa kita lebih dekat ke syurga dan organ adalah instrumen terbaik kerana ciri-ciri fizikalnya.” Keistimewaan organ adalah bunyi “menyentuh perasaan” yang dihasilkannya.

“Bunyi menyentuh perasaan ini dibentuk dari rangkaian nada yang menghasilkan dan mengiringi nyanyian merdu serta hangat dalam memujimuji Tuhan,” kata Alphonsus.

Alphonsus juga mengongsikan bahawa kehidupan hariannya amat sibuk namun setiap kali dalam latihan koir dia sentiasa berharap kepada Tuhan . Ujarnya, doa sebelum dan selepas latihan dapat membimbing setiap pemuzik dan koir untuk menumpukan pelayanan.

“Dalam segala yang kita lakukan, cuba dan ingati bahawa Tuhan hadir dan utama dalam segala-galanya. Dialah yang memberi kita bakat oleh itu, gunakanlah bakat itu untuk melayani Dia. Bukan menggunakan bakat itu untuk melakukan dosa!”

Total Comments:0

Name
Email
Comments