Hari Datuk dan Nenek, kehadiran mereka sangat diperlukan

Umat Katolik yang telah mencapai usia senja, Tuhan sentiasa dekat dengan kalian dan mempunyai rencana untuk kehidupan kita, ujar Sri Paus Fransiskus semasa menulis kepada rakan-rakan sebayanya.

Jun 25, 2021

KOTA VATIKAN: Umat Katolik yang telah mencapai usia senja, Tuhan sentiasa dekat dengan kalian dan mempunyai rencana untuk kehidupan kita, ujar Sri Paus  Fransiskus semasa menulis kepada rakan-rakan sebayanya.

“Saya dilantik menjadi uskup Rom ketika sudah bersara, dan  tidak menyangka akan melakukan  sesuatu yang baru,” kata Bapa Suci  yang kini berusia 84 tahun dan terpilih sebagai pengganti Sto Petrus  semasa berusia 76 tahun.

“Tuhan selalu - sentiasa - dekat  dengan kita. Dia dekat dengan kita  dengan kemungkinan baharu, idea  baharu, penghiburan baharu, tetapi  selalu dekat dengan kita. Anda  tahu bahawa Tuhan itu kekal; dia  tidak pernah bersara,” tulis Sri  Paus dalam perutusannya untuk  perayaan pertama Gereja Katolik  pada Hari Sedunia dan Nenek dan  Warga Emas.

Mesej itu dikeluarkan di Vatikan  pada 22 Jun, menjelang perayaan 25 Julai, hari Ahad yang paling  dekat dengan perayaan Sto Yuakim  dan Anna, datuk nenek Yesus.

Vatikan juga mengumumkan  bahawa orang-orang yang menghadiri Misa atau perayaan lain pada hari itu, "atau meluangkan waktu, menziarahi saudara mara yang  sudah tua atau bergabung dalam  doa untuk orang tua 25 Julai dapat menerima pleno selagi mereka  memenuhi syarat biasa, mengaku dosa, menerima Ekaristi dan berdoa untuk intensi Sri Paus. 

Indulgensi itu juga tersedia bagi “orang tua yang sakit, menyatukan diri mereka secara rohani dengan fungsi suci pada hari dunia ini, dengan mempersembahkan doa, keperitan atau penderitaan mereka  kepada Tuhan yang maha penyayang. kehidupan mereka,” kata Vatikan.

Pesan Sri Paus Fransiskus, yang  disebarkan dalam bentuk tulisan  dan video, mengakui ramai orang  tua di seluruh dunia menderita dan  terus dalam keadaan sukar, menderita secara fizikal, emosi dan rohani kerana pandemik COVID-19.

Namun prelatus itu juga menegaskan bahawa panggilan Kristian untuk membahagikan Injil adalah hal yang penting sekarang bagi  mereka semua seperti sebelumnya.  — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments