Hari ini Hari Orang Miskin Sedunia

Hari ini Hari Orang Miskin Sedunia

Nov 16, 2018

KUALA LUMPUR: Pada hari ini, ketika Gereja merayakan Hari Orang Miskin Sedunia kali kedua di Basilika Sto Petrus di Vatikan, klinik perubatan bergerak telah telah ditubuhkan untuk merawat sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan am dan khas, termasuk kardiologi, dermatologi, dan oftalmologi pada 12-18 Nov.

Di Malaysia, khidmat Klinik Bergerak Pelayanan Sososial Bersepadu (ASSISS) menawarkan rawatan kesihatan kepada orang-orang yang terpinggir atau kurang bernasib baik di Malaysia.

ASSISS telah dimulakan pada tahun 1960-an oleh para sister Franciscan Missionaries of Mary yang melawat kawasan-kawasan terpencil untuk menawarkan khidmat perubatan percuma dan sederhana.

Perkhidmatan yang mereka berikan termasuklah rawatan asas seperti konsultasi kesihatan dan pemantauan keadaan perubatan termasuk diabetes atau hipertensi.

ASSISS bermula dengan empat buah klinik setiap bulan, yang memberi pelayanan seramai 200 pesakit. Pada masa ini, ASSISS menjalankan 30 klinik setiap bulan dengan 24 klinik di Lembah Klang, lima klinik di Sabah dan sebuah klinik di Sarawak, yang melayani lebih daripada 6,000 pesakit.

Kejayaan perkhidmatan klinik bergerak ini adalah kerana kakitangan yang berdedikasi dan sukarelawan (perubatan dan bukan perubatan) yang datang dari semua lapisan masyarakat, dari pelbagai anutan agama; yang semuanya bersatu untuk berkhidmat di bawah slogan ASSISS “Untuk yang Termiskin di antara yang miskin

Total Comments:0

Name
Email
Comments