Hari Minggu Kitab Suci 2018 : Orang Muda, Iman dan Penegasan Panggilan

Hari Minggu Kitab Suci 2018 : Orang Muda, Iman dan Penegasan Panggilan

Jul 06, 2018

Walaupun kemajuan besar dan banyak yang kita lihat dalam pelbagai lingkungan kehidupan, kegelisahan di dalam hati manusia semakin meningkat secara berkadar.

Rasa putus asa dan kekosongan ini juga dirasakan di kalangan umat khususnya di kalangan orang muda. Pembangunan iman di kalangan anak-anak muda, memerlukan penegasan dan bimbingan yang berhemah dalam panggilan kehidupan.

Selama berabad-abad Gereja telah diamanahkan dengan inti iman suci, di mana ia tidak pernah kehilangan visi harapan dan kegembiraan. Inti iman ini diturunkan melalui Kitab Suci dan Tradisi, sesungguhnya bahkan ia adalah lebih relevan hari ini, kerana ia memberikan pernyataan jelas dalam masa-masa yang mencabar dan mendesak ini bagi golongan muda.

Dalam menurunkan obor iman, St. Paulus mengingati ketika menulis kepada Timotius, Sebab aku teringat akan imanmu yang tulus ikhlas, iaitu iman yang pertama-tama hidup di dalam nenekmu Lois dan di dalam ibumu Eunike dan yang aku yakin hidup juga di dalam dirimu. (2 Timotius 1: 5)

Timotius atau mana-mana anak-anak Kristian, dengan penyemaian iman yang betul, memiliki dalam tahun-tahun pembesaran mereka salah satu berkat terbesar dalam kehidupan. Ibu bapa yang soleh menghasilkan anak-anak yang soleh dalam iman.

Ini dicapai dengan memberikan pengetahuan iman yang kukuh. Nenek dan ibu Timotius adalah orang beriman yang setia dan taat. Kadang-kadang salah seorang dari ibu bapa mungkin bukan orang yang beriman seperti ayah Timotius (lihat Kisah Para Rasul 16:1). Tetapi Timotius menerima iman yang cukup, terutamanya melalui pembelajaran kitab-kitab dari zaman mudanya lagi. ‘...bahawa dari kecil engkau sudah mengenal Kitab Suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus’ (2 Tim 3:15).

Dua bidang di mana ibu bapa dan guruguru boleh menerapkan kitab suci dalam perkembangan iman anak-anak mereka.

1. Memulakan ketika mereka masih muda untuk masa depan yang muktamad.

Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun dia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu. (Amsal 22:6).

Mana-mana latihan adalah sukar pada mulanya tetapi kemudian ia akan menghasilkan buah. ‘Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya.’ (Ibrani 12:11).

Latihan keimanan yang membawa kepada perkembangan dalam penegasan adalah penting untuk membangunkan orang muda. Ia mendedahkan lawan-budaya kematian yang moden yang tidak memberikan pembaikan kehidupan dan masa depannya.

Orang muda menghadapi gaya hidup yang cetek tanpa berurusan secara serius dengan masalah akar masyarakat narsistik. Budaya di mana iman tidak berada di tengah-tengah memburuk menjadi kekacauan dan krisis. Tanpa persekitaran iman yang positif dan pengajaran kitab suci yang ditanamkan pada orang muda, tindak balas dari budaya kematian, akan menjadikan anak muda dalam keadaan penolakan dan ketidakpastian.

Donald C. Coggan menyimpulkan keadaan manusia yang memerlukan pengajaran dan bimbingan; “Saya menjalani kehidupan yang seketika dalam perjalanannya kepada keabadian, yang dibentuk dalam imej Tuhan namun dengan imej yang rendah, perlu diajar bagaimana untuk bermeditasi, menyembah, berfikir.”

Latihan iman mengajarkan orang muda bagaimana untuk menanggung kesukaran dan kesakitan. Ini sangat bermanfaat apabila krisis kehidupan melanda mereka. Iman yang datang daripada penderitaan membantu mereka mengenali kekuatan yang mereka perlukan untuk menghadapi percubaan kehidupan yang pasti tiba. Kita malah bermegah juga dalam kesengsaraan kita, kerana kita tahu, bahawa kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan (Roma 5: 3). -bersambung di mukasurat BM7

Total Comments:0

Name
Email
Comments