Hidup bagi Kristus memberikan kemerdekaan sejati

CHARIS BMA Keuskupan Melaka Johor barubaru ini telah mengadakan Persekutuan Doa Kelompok (PDK) siri yang ke lapan dalam tahun ini.

Aug 20, 2021


MELAKA:
CHARIS BMA Keuskupan Melaka Johor barubaru ini telah mengadakan Persekutuan Doa Kelompok (PDK) siri yang ke lapan dalam tahun ini.

Dengan mengambil tema, “Hidup bagi Kristus memberikan kemerdekaan sejati” perkongsian yang telah disampaikan oleh Sr. Anastasia Matiam, dari Kongregasi Putri Karmel selaku penceramah undangan pada pertemuan tersebut.

Seramai 196 orang peserta yang telah menyertai Persekutuan Doa Kelompok ini dari pelbagai paroki di seluruh Keuskupan Malaysia.

Persekutuan doa dimulakan dengan pujian dan penyembahan yang dikendalikan oleh tim dari Johor Utara. Setiap bulan CHARIS BMA akan menganjurkan Persekutun Doa Kelompok (PDK) dengan menjemput pembicara undangan dan tema yang berbeza. Tim CHARIS juga mempunyai empat tim pujian yang aktif melayani dan akan bergilir-gilir dalam melayani PDK bulanan.

Kenapa menganjurkan PDK? Tim CHARIS BMA mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini bagi menyahut keperluan rohani dan untuk peneguhan iman umat.

Ini juga sebagai satu platform terbaru dalam norma baharu akibat apa yang melanda dunia sekarang ini. Melalui maklum balas dari peserta, ramai yang mahu agar program ini diadakan setiap bulan.

PDK sudah pun bermula sejak tahun lalu lagi dan untuk sepanjang tahun ini, tema dan pembicara telah dikenalpasti dalam memberikan sesi. — Anna Faustina Ding

Total Comments:0

Name
Email
Comments