Hostia kudus dicemari di tengah ketegangan politik di Nicaragua

Hostia kudus dicemari di tengah ketegangan politik di Nicaragua

Aug 03, 2018

JINOTEGA, Nicaragua: Dua buah gereja di Keuskupan Jinotega di utara Nicaragua telah dirosakkan beberapa minggu lalu di tengah-tengah ketegangan di antara Gereja dan kerajaan yang diketua oleh presiden Daniel Ortefa.

Dalam perayaan yang memihak kerajaan pada 20 Julai, Ortega menuduh para uskup Nicaragua merancang sebuah tindakan menentang kerajaan susulan cadangan gereja yang menyuarakan suara rakyat yang mahukan pilihan raya diawalkan.

Keuskupan Jinotega telah mengumumkan di Facebook bahawa pada malam 22 Julai, terdapat orang-orang tidak dikenali membuka tingkap chapel Hati Kudus di Paroki Sto Markus Penginjil, San Rafael del Norte kira-kira 15 batu, barat laut Jinotega.

Mereka mengambil tabernakel yang mengandungi Hostia Kudus, tanpa menyentuh bahagian lain chapel,kata Fr Noe Armando Flores, paderi paroki. Tabernakel itu ditemui pada keesokan harinya di sebuah padang terbiar. Sementara itu, di Jinotega, chapel Our Lady of Mt Carmel di Paroki Most Precious Blood juga telah dipecah masuk pada malam 20 Julai.

Hostia Kudus telah dicemari dan keuskupan memuat naik gambar tingkap yang dipecahkan dan objek-objek kudus di lemparkan di tanah. Peralatan suara dan kota koleksi telah dicuri. Sekurangkurangnya lapan buah gereja Katolik telah dicemari di Nicaragua di tengah-tengah ketegangan politik dan sosial negara itu dalam tiga bulan ini.

Bantahan terhadap presiden Ortega bermula 19 April menyebabkan lebih 300 kematian, demikian laporan beberapa kumpulan hak asasi manusia.

Para uskup di negara itu telah menjadi orang tengah, berulang kali mengadakan rundingan damai antara kerajaan dan kumpulan-kumpulan pembangkang.

Sekatan dan pengadang jalan kini diletakkan di seluruh Nicaragua, pertempuran kecil bertukar menjadi keganasan serta cepat menular. Para Uskup dan paderi dari seluruh negara telah berusaha memisahkan para pembantah dan pihak-pihak berwajib, namun turut diancam dan ditembak.

Krisis Nicaragua bermula selepas Ortega mengumumkan pembaharuan keselamatan sosial dan pencen. Oleh itu, pembaharuan itu tidak dilaksanakan tetapi penunjuk perasaan telah dibunuh oleh pasukan keselamatan. Penunjuk perasaan anti-kerajaan telah diserang oleh “pasukan gabungan” yang terdiri daripada polis tetap, polis rusuhan, anggota paramiliter, dan pro-kerajaan yang berwaspada. Kerajaan Nicaragua mengatakan para penunjuk perasaan itu telah membunuh penyokong mereka untuk menjejaskan pentadbiran Ortega.

Ortega telah menjadi presiden Nicaragua sejak tahun 2007, dan tidak mematuhi had penggal tempoh pemerintahan seorang presiden. Gereja telah mencadangkan agar pilihan raya diadakan pada tahun 2019 tetapi Ortega telah menolak cadangan ini. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments