Ibu bapa cemas bila anak-anak terdedah fahaman radikal

Ibu bapa kepada para pelajar sekolah menuntut pemerintah untuk mengambil langkah konkrit bagi mencegah anak-anak terdedah ideologi radikal di sekolah

Aug 05, 2017

JAKARTA: Ibu bapa kepada para pelajar sekolah menuntut pemerintah untuk mengambil langkah konkrit bagi mencegah anak-anak terdedah ideologi radikal di sekolah.

Kebimbangan ibu bapa ini meningkat setelah kaji selidik baru-baru ini menyatakan kanak-kanak adalah golongan paling terdedah dengan idea radikal. Ramai ibu bapa yang terkejut apabila mengetahui bahawa 75 dari 161 orang yang direkrut dalam program terorisme adalah kanak-kanak dan remaja usia sekolah.

Kaji selidik itu dikendalikan bersama oleh Kementerian Sosial, Kementerian Agama, Badan Penanggulangan Terorisme Nasional dan Densus 88.

Kanak-kanak terdedah dengan ideologi ekstremis melalui orang tua mereka, yang melakukan perjalanan ke Syria dan para guru yang mempunyai kaitan dengan kelompok ekstremis, kata kementerian kesejahteraan sosial.

Anastasia Eko Purwandari, seorang ibu kepada tiga orang anak yang masih belajar di sekolah rendah mengatakan kepada ucanews.com bahawa salah satu faktor utama adalah bahawa banyak sekolah terlalu fokus untuk menghafal buku teks agama yang bias kepada satu agama sahaja yang membimbing pelajar tentang bagaimana menerapkan nilainilai agama dalam kehidupan mereka sehari-hari. “Mempelajari agama seharusnya tidak hanya tentang teori tetapi bagaimana anak harus berhubungan dengan masyarakat,” kata Purwandari, seorang umat paroki St. Albertus Agung, Bekasi, Jawa Barat.

Delia Wahtikasari, seorang Muslim dan ibu dari dua anak sekolah rendah, mengatakan bahawa pengajaran radikal akan mempengaruhi cara berfikir dan perbuatan anak. “Ini bahkan dapat mengubah tujuan masa hadapan anak,” tambahnya. Menurut Fr Vinsensius Darmin Mbula Fransiskan, ketua Dewan Pendidikan Katolik Nasional, pemerintah perlu mengubah cara agama diajarkan di sekolah,

“Pemerintah perlu fokus pada aspek logik, ertinya sekolah harus mengarahkan anak-anak untuk merenung dan tidak hanya memberi tahu mereka apa yang harus dilakukan dan yang tidak harus dilakukan,” katanya.

Total Comments:0

Name
Email
Comments