Iman bukan untuk dimiliki sebaliknya diterima

Penyair terkenal, Rumi, menyatakan bahawa kita hidup dengan rahsia yang kadang-kadang kita tahu, kemudian tidak, dan kemudian tahu lagi.

Mar 23, 2018

Penyair terkenal, Rumi, menyatakan bahawa kita hidup dengan rahsia yang kadang-kadang kita tahu, kemudian tidak, dan kemudian tahu lagi.

Ini adalah huraian iman yang baik. Iman bukan sesuatu yang anda dapat pakukan dalam diri anda dan miliki sekali sahaja dan selama-lamanya.

Iman berjalan seperti ini: Kadang-kadang anda berjalan di atas air dan kadang-kadang anda tenggelam seperti batu di dalam air.

Injil diterangkan dengan jelas dalam Injil, gambaran dalam kisah Petrus berjalan di atas air: Yesus meminta Petrus untuk keluar dari perahu dan berjalan menyeberangi air lalu datang kepada-Nya.

Pada mulanya, ia berjalan dengan baik, Petrus tanpa berfikir, berjalan di atas air namun tiba-tiba menyedari apa yang dilakukannya dan ketakutannya telah menyebabkan dia beransur-ansur tenggelam seperti batu.

Kita melihat peristiwa yang sama, di kalangan pengikut Yesus dalam masa empat puluh hari selepas kebangkitan Yesus. Yesus kembali menghadirkan diri di hadapan mereka, dan mereka percaya.

Apabila Yesus ‘hilang’, kepercayaan mereka turut hilang kembali dan mula kembali percaya apabila Yesus memimpin mereka ke kehidupan mereka yang mulamula, di mana mereka bertemu buat pertama kali misalnya semasa memukat ikan di laut.

Kisah selepas kebangkitan Yesus menggambarkan iman berkembang dengan jelas: Mulanya anda percaya. Kemudian anda kehilangan kepercayaan. Tetapi kemudian, anda kembali untuk percaya. Sekurangkurangnya, pada luaran, kepercayaan kita masih seakan-akan nyata.

Kita lihat contoh lain dalam kisah Petrus yang mengkhianati Yesus. Dalam Injil Markus, Yesus memberitahu kita bahawa ada rahsia yang memisahkan orang-orang yang beriman dari orang-orang yang tidak: Kepada kamu diberikan rahasia kerajaan, tetapi bagi orang-orang di luar segala sesuatu ada dalam perumpamaan.

Kedengarannya seperti Gnostisisme, iaitu, idea bahawa terdapat kod rahsia di suatu tempat (contohnya, The Di Vinci Code) yang diketahui oleh sesetengah orang dan sesetengahnya tidak dan anda percaya atau tidak bergantung sama ada anda tahu atau tidak.

Tetapi itu bukan apa yang dikatakan Yesus di sini. Rahsia- Nya adalah satu yang terbuka, dapat diakses oleh semua: makna salib.

Sesiapa yang memahami ini akan memahami apa yang dimaksudkan oleh Yesus, dan sebaliknya. Kita masuk atau keluar, bergantung kepada sama ada kita dapat memahami dan menerima maksud kematian Yesus.

Tetapi, masuk atau keluar di sini bukan sekali dan untuk semua benda. Sebaliknya, kita bergerak masuk dan keluar! Selepas Petrus menafikan Yesus, kita diberitahu: “dia pergi ke luar.”

Ini dimaksudkan secara literal dan metafora. Selepas mengatakan dia tidak mengenal Yesus, Petrus melangkah keluar dari pintu, memasuki kegelapan malam untuk berada jauh dari orang ramai, ini juga bermakna Petrus melangkah keluar daripada pegangan ima dan kepercayaannya terhadap Yesus.

Kepercayaan kita juga melantun ke atas dan bawah atas sebabsebab yang lain, kita tidak faham bagaimana ia berfungsi: Ambil contoh Orang Muda Kaya yang mendekati Yesus dengan pertanyaan ini: “Tuan yang baik, apa yang harus saya lakukan untuk memiliki kehidupan yang kekal?” Orang Muda Kaya itu menggunakan kata kerja yang menarik: untuk memiliki.

Kehidupan kekal sebagai milik? Pembetulan lembut Yesus terhadap kata kerja orang muda mengajar kita sesuatu yang penting tentang iman. Yesus berkata kepadanya: “Sekarang jika kamu ingin menerima hidup yang kekal, bererti iman dan kehidupan kekal bukanlah sesuatu yang kamu miliki sehingga anda dapat menyimpannya dan menjaganya seperti gandum dalam gudang, wang di bank atau perhiasan kotak.”

Iman hanya boleh diterima, seperti udara yang kita nafas. Udara bebas, ada di mana-mana, dan kesihatan kita tidak bergantung kepada kehadirannya, kerana ia selalu ada, tetapi mengikut keadaan paru-paru kita (dan mood) pada satu ketika.

Kadang-kadang kita bernafas secara mendalam dan menghargai; tetapi, kadang-kadang, atas pelbagai sebab, kita bernafas dengan teruk, meniup nafas, kehabisan nafas, atau tersedak untuk udara.

Seperti pernafasan, iman juga mempunyai modaliti. Oleh itu, kita perlu memahami bahawa iman bukanlah untuk kita miliki atau sesuatu yang kita capai sekali dan untuk semua, ia boleh hilang hanya disebabkan oleh pergeseran yang besar, dramatik, dan mengubah kehidupan di dalam diri kita.

Mungkin daripada seorang yang sangat percaya dalam agama tetapi oleh kerana berlaku pergeseran yang dahsyat, seseorang yang dilihat beriman itu boleh menjadi ateis.

Oleh itu, “Iman bukan kepercayaan yang berterusan,” demikian kata Abraham Heschel, “sebaliknya yang lebih tepat ialah kesetiaan, kesetiaan pada saat-saat ketika kita mempunyai iman.” Dan itu menggambarkan sesuatu yang lain:

Untuk menjadi nyata, iman tidak perlu dinyatakan dalam kesungguhan agama, sebaliknya dapat dinyatakan dalam kesetiaan, kepercayaan teguh dan keyakinan.

Sebagai contoh, Fox, dalam sebuah memoir hebat yang ditulisnya ketika di ambang maut akibat kanser, The Bright Hour, Nina Riggs berkongsi kepercayaannya yang teguh tetapi tersirat ketika dia dengan tenang menghadapi kematiannya.

Seorang yang tidak dididik dengan agama dengan sewajarnya, pada suatu ketika seorang jururawat pernah mencabarnya, “Iman, anda harus memilikinya, dan anda akan memerlukannya!” Komentar itu mencetuskan refleksi tentang apa yang dia lakukan atau tidak percaya.

Dia menjelaskan persoalan itu dan mengambil risiko dengan katakata ini, “Bagi saya, iman melibatkan memandang ke dalam jurang, melihat jurang itu, ia amat gelap dan penuh dengan yang perkara tidak diketahui — tetapi ia baik-baik sahaja.”--Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments