Ingin kembali taat kepada Sakramen Perkahwinan

Saya telah berkahwin tetapi mencemari Sakramen Perkahwinan saya sendiri kerana berlaku tidak jujur dan curang terhadap isteri saya sendiri.

Sep 30, 2016

Soalan: Saya telah berkahwin tetapi mencemari Sakramen Perkahwinan saya sendiri kerana berlaku tidak jujur dan curang terhadap isteri saya sendiri. Kini, saya menyedari kesalahan saya dan sedang cuba berbaik dengan isteri saya. Soalan saya:

1. Bagaimana cara menghidupkan kembali rasa cinta saya terhadap isteri?

2. Apakah saya harus mengaku dosa kepada Paderi?

3. Bagaimana caranya menghindari perselingkuhan dalam perkahwinan ?

4. Apakah saya masih boleh menerima Komuni?

5. Apakah saya harus meminta maaf dengan wanita- wanita yang pernah menjalin hubungan dengan saya? — William

Jawaban:
1) Pertama, kita harus mengingati bahawa kita mengasihi isteri kita atas dasar kasih kita kepada Tuhan. Tuhan telah menyatukan kita sebagai pasangan suami isteri dalam Sakramen Perkahwinan maka rahmat Tuhan adalah cukup, sehingga suami isteri dapat saling mengasihi serta mendapatkan perkahwinan yang sejati. Untuk itu, perbaikilah hubungan dengan Tuhan.

Di dalam doa, mintalah Tuhan untuk menambahkan kasih terhadap isteri. Berdoalah rosario, mohon agar Bonda Maria mendoakan anda sehingga anda dapat mengasihi kembali isteri anda. Bonda Maria akan menjadi perantara yang begitu hebat, dan dia akan mengatakan kepada Yesus “Mereka kehabisan anggur.” (Yoh 2:3). Berdoalah agar Yesus mengubah cinta yang tawar menjadi manis seperti anggur (lih. Yoh 2:7-9). Namun, agar semua ini dapat terjadi, syaratnya ada di ayat 5, iaitu “Apa yang dikatakan kepada mu, buatlah itu!”. Turutilah permintaan Yesus untuk hidup kudus, maka cinta yang tawar akan menjadi manis seperti anggur.

Janganlah menyalahkan isteri kalau isteri anda tidak percaya lagi kepada anda. Cuba bayangkan misalnya kejadian ini berlaku sebaliknya. Apakah anda dapat melupakan ketidaksetiaan ini dengan mudah? Mohonlah pengampunan daripada isteri dengan sungguh-sungguh dan berjanji untuk tidak mengulangi dosa yang sama. Berdoalah kepada Tuhan, agar Tuhan melembutkan hati isteri anda dapat mengampuni dan melupakan kesalahan anda. Doa akan membantu proses kesembuhan ini.

2) Anda harus menyedari bahawa apa yang anda lakukan adalah tergolong dosa berat. Dan dosa berat ini, kalau tidak diampuni dapat membahayakan keselamatan kekal buat anda.

Lakukanlah pemeriksaan batin dengan teliti dan dengan bantuan Roh Kudus sebelum melakukan Pengakuan Dosa. Lebih baik Sdr bersegera melakukan Pengakuan dan sebelum mengaku dosa, kami menyarankan agar anda tidak menyambut komuni kudus.

3) Sekiranya hubungan kita dengan Tuhan adalah akrab dan intim maka kita akan terhindar dari dosa ini. Kalau kita setia dengan kehidupan doa dan sakramen, kita akan terhindar dari dosa-dosa berat. Kehidupan doa yang baik dan dosa berat adalah saling bertentangan dan tidak mungkin dapat berjalan berdampingan — salah satu dari keduanya akan berhenti. Oleh itu, kalau kehidupan doa kita adalah baik, maka dosa berat akan berhenti. Kita mungkin dapat menipu isteri (kerana isteri tidak melihat perbuatan selingkuh), namun kita tidak dapat menipu Tuhan, yang dengan jelas melihat seluruh perbuatan kita. Dan kita harus menyedari bahawa kita harus mempertanggungjawabkan semua perbuatan dosa kita di hadapan Tuhan.

Pada tahap awal, motivasi untuk menghindari api neraka, mungkin dapat membantu anda untuk menghindari perselingkuhan.

4) Sebelum anda mengakui dosa kepada Paderi, anda tidak dapat menyambut Komuni. Pengakuan Dosa mensyaratkan pertaubatan di mana perbuatan dosa harus dihentikan. Maka, memutuskan hubungan dengan wanita-wanita tersebut adalah merupakan manifestasi dari pertaubatan.

5) Jika anda sudah pun memutuskan perhubungan serta tidak menghubungi mereka lagi, maka anda tidak mempunyai kewajiban untuk mempertanggungjawabkan perbuatan anda.

Kalau ada anak yang terlahir dari perbuatan ini, maka anda harus bertanggungjawab terhadap kehidupan anak tersebut. Namun, kalau pada ketika ini, Sdra masih menjalin hubungan dengan seorang atau beberapa wanita maka Sdra harus datang kepada wanita-wanita tersebut untuk meminta maaf dan mengakhiri hubungan dosa ini. Hal ini dilakukan selepas Sdra mengaku dosa atau setelah mengikuti retret, selepas Sdra mempunyai kekuatan untuk mengakhiri hubungan dengan mereka untuk selamalamanya.--Katolisitas

Total Comments:0

Name
Email
Comments