Jalan Sinodal bermula di Keuskupan Pulau Pinang

Uskup Pulau Pinang secara rasmi melancarkan Sinod 2023 di Katedral Roh Kudus pada 17 Oktober. Dalam homilinya, Uskup Sebastian Francis menjelaskan bahawa Gereja Katolik, di bawah pimpinan Sri Paus Fransiskus sedang dalam perjalanan misi selama dua tahun bagi mencapai kesatuan dalam kepelbagaian. Istilah sinodal bermaksud “melakukan perjalanan bersama”.

Oct 22, 2021

PULAU PINANG:

Maka, semua anggota Gereja yang dibaptis, tanpa mengira pangkat dan status, kini menjadi duta bagi Kristus. Katanya, pada Pentakosta pertama, Roh Kudus datang dalam bentuk lidah api ke atas para rasul, mengurapi mereka untuk menjadikan murid para bangsa. Sekarang, Roh yang sama itu mengurapi semua orang, untuk menjadi garam dan terang di bumi.

Sebagai umat Katolik yang dibaptis, kita diutus untuk membahagikan kasih Kristus kepada semua orang dan memperlihatkan sifat-sifat seperti Kristus dalam kehidupan seharian kita.

Semasa pelancaran, Uskup Sebastian meletakkan tangannya di dunia digital di hadapan Altar. Ketika Bapa Uskp menyentuh ‘dunia’ digital itu, ia menyala dengan kata-kata “Perjalanan Bersama Menuju Gereja Sinodal 2021-2023.”

Sepanduk yang menunjukkan gambar ‘Jalan Menuju Emaus’ juga dilancarkan sebagai tanda proses perjalanan selama dua tahun menuju Sinod 2023.

Lilin dengan doa kepada Roh Kudus turut diberikan kepada setiap paroki di Keuskupan itu. Ia berfungsi sebagai peringatan akan pembaptisan kita bahawa kita adalah satu tubuh. Uskup juga memberkati dan menyalakan lilin yang dimaksudkan untuk Katedral Roh Kudus. Sepanduk juga akan diedarkan ke setiap paroki. Pada akhir video, nama dan gambar setiap paroki di Keuskupan Pulau Pinang ditayangkan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments