Jangan cemari kemurnian cinta dengan maksiat

“Waspadalah terhadap nafsu yang membelenggu berusahalah untuk hidup dalam kesucian cinta,” Sri Paus Fransiskus menyampaikan memberikan teguran ini semasa Audiensi Umum hari Rabu di Dewan Paulus IV di Vatikan.

Jan 28, 2024

Jatuh cinta adalah antara perasaan yang paling murni ...


KOTA VATIKAN: “Waspadalah terhadap nafsu yang membelenggu berusahalah untuk hidup dalam kesucian cinta,” Sri Paus Fransiskus menyampaikan memberikan teguran ini semasa Audiensi Umum hari Rabu di Dewan Paulus IV di Vatikan.

Cinta yang murni, tidak dicemari oleh maksiat
Bapa Suci mengingatkan bahawa doktrin Kristian tidak mengutuk naluri seksual serta mengatakan bahawa jatuh cinta adalah salah satu pengalaman yang paling indah dan lembut.

“Jatuh cinta adalah antara perasaan yang paling murni jangan cemarinya dengan maksiat,” tegas Bapa Suci.

Meneruskan siri katekesisnya tentang kebajikan dan maksiat, Sri Paus memfokuskan audiensinya pada dosa nafsu.

Bapa Suci berkata bahawa “jika anda bertanya kepada seseorang yang jatuh cinta, mengapa mereka jatuh cinta? Mereka sukar memberikan jawaban terbaik kerana ramai di antara mereka jatuh cinta tanpa syarat, di luar akal.”

Dalam cinta harus ada kesabaran. Cinta mempunyai kuasa yang kuat, mungkin juga sedikit naif pada mulanya.

“Kekasih yang tidak benar-benar mengenali orang yang mereka kasihi, cen-derung untuk mengidamkan kekasih idola mereka; mereka bersedia untuk membuat janji yang sebenarnya tidak mampu untuk mereka laksanakan.”

Ini menjadikan “taman percintaan tidak selamat daripada kejahatan. Ia boleh dicemari oleh syaitan nafsu, dan maksiat menjijikkan, disebabkan dua sebab atau lebih.”

Dua sebab nafsu itu bahaya
Pertama, nafsu memusnahkan hubungan antara manusia dan ia boleh merampas kebebasan individu.

Nafsu, tidak menghormati dan merampas semua keindahan cinta yang murni dan kepolosannya.

“Nafsu melibatkan semua pancaindera; ia bersemayam di dalam tubuh dan jiwa; jika tidak berdisiplin, tidak ada kesabaran, ia boleh berubah menjadi rantai yang me-rampas kebebasan manusia.”

“Kedua,” tegas Bapa Suci, “Nafsu bertentangan dengan keindahan cinta yang telah ditanamkan Tuhan dalam hati kita dan bertentangan dengan panggilan Tuhan untuk memupuk perhubungan dengan orang lain dalam kesucian terutamanya melalui penggunaan seksualiti kita dengan bertanggungjawab.”

Memenangi pertempuran melawan hawa nafsu, adalah usaha sepanjang hayat. Dan hadiahnya ialah mengekalkan “keindahan yang Tuhan tulis ke dalam ciptaan-Nya apabila Dia membayangkan cinta antara lelaki dan wanita.”

“Kecantikan itu yang membuat kita percaya bahawa membina sebuah cerita bersama adalah lebih baik daripada mengembara seorang diri, pengembaraan, memupuk kelembutan adalah lebih baik daripada tunduk kepada kuasa kejahatan dan melayani lebih baik daripada menakluki,” kata Sri Paus. -- media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments