Julai 11, Hari Berdoa untuk migran terkorban di Mediterranean

Dalam lima bulan pertama tahun 2021, lebih daripada 630 lelaki, wanita dan kanak-kanak telah lemas di Laut Tengah tengah ketika dalam pencarian kehid

Jul 10, 2021

ROMA: Dalam lima bulan pertama tahun 2021, lebih daripada 630 lelaki, wanita dan kanak-kanak telah lemas di Laut Tengah tengah ketika dalam pencarian kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), 632 kematian yang dicatatkan menunjukkan peningkatan 200 peratus berbanding tahun lalu.

Uskup Itali mengatakan tragedi yang serupa “menggoncangkan hati nurani dan menuntut kita melihat fenomena migrasi dengan jelas.”

Konferensi Episkopal Itali (CEI) juga mengundang semua lelaki dan wanita muhibah untuk ikut berdoa pada 11 Julai untuk mengenang semua orang yang meninggal di Mediteranian dan di sepanjang jalan darat ketika mereka melarikan diri dari kemiskinan, konflik, penganiayaan dan perubahan iklim.

Hari Doa 11 Julai menjadi “cara mengingati dan menasihati setiap orang Kristian untuk mengikuti teladan pelindung santo Eropah, dan menjadi utusan perdamaian dan guru peradaban.”

Tarikh 11 Julai merupakan merupakan hari Perayaan liturgi St. Benedict, Santo Penaung bagi Eropah.

Untuk upacara ini, semua umat diminta melafazkan “Doa orang beriman untuk semua pendatang dan, khususnya, bagi mereka yang kehilangan nyawa di laut dan untuk para pelaut yang bekerja serta menghadapi pelbagai ancaman di laut demi mencari masa depan yang lebih baik.”

Mengingat seruan Sri Paus Fransiskus pada 13 Jun semasa Angelus, Uskup Itali menekankan bahawa “Mediteranian telah menjadi perkuburan terbesar di Eropah.”

Prelatus itu menggesa umat beriman agar “membuka hati mereka menerima para pelarian," dan mengundang masyarakat gerejawi "untuk tidak melupakan mereka yang telah kehilangan hidup ketika cuba menjejakkan kaki ke pantai Itali dan Eropah.” — Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments