“Juru Bicara Tuhan” perbaharui komitmen

“Juru Bicara Tuhan” perbaharui komitmen

Aug 03, 2018

KENINGAU: Pada 8 Julai 2018, salah satu pengisian sempena Hari Minggu Alkitab di Keuskupan Keningau ialah pembaharuan komitmen para Pelayan Sabda yang diadakan di Katedral St. Francis Xavier.

Upacara tersebut diadakan dalam Perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.

“Hari Minggu Alkitab mengingatkan kita bahawa pentingnya firman Tuhan kerana Tuhan yang kita kenal sentiasa ingin berhubung dengan kita umat-Nya iaitu melalui firman-Nya. Oleh itu, firman Tuhan itu harus dibaca dan direnung setiap hari supaya kita dapat lebih mengenali Tuhan.

Dalam kehidupan, iman adalah penting. Imanlah yang menunjukkan bahawa kita percaya kepada Tuhan. Proses membangun iman ada banyak cara, salah satunya adalah melalui firman Tuhan.

Gereja juga telah berusaha membantu dengan menyediakan medium bagi umat untuk mengenal dan mendalami iman dengan mengadakan Saat Teduh dan Devosi Adorasi di gereja,” ujar Bapa Uskup dalam homilinya.

Selepas homili, para Pelayan Sabda memperbaharui janji mereka di hadapan Bapa Uskup. Uskup Cornelius juga berpesan kepada para pelayan Sabda, untuk menjadi saluran bagi Tuhan untuk menyampaikan pesan-pesan dalam firman- Nya kepada umat lebih-lebih lagi mereka yang sedang kelaparan dan kehausan rohani. — An Richard

Total Comments:0

Name
Email
Comments