Jurulatih bola sepak Croatia sentiasa melekap pada Rosario

Jurulatih bola sepak Croatia sentiasa melekap pada Rosario

Jul 20, 2018

ZAGREB, Croatia: Pada 15 Julai, pasukan bola sepak Croatia telah menentang Perancis dalam kejohanan Piala Dunia 2018, selepas berjaya menempuh rentetan perlawanan bola sepak yang pernah menjuarai piala dunia.

Berikut merupakan salah satu sebab mengapa umat Katolik seluruh dunia harus mencontohi sikap negara kecil di tengah Eropah itu: Croatia adalah negara berpenganut Katolik yang kuat dan jurulatih pasukan kebangsaannya, Zlatko Dalic, adalah seorang lelaki beriman yang budiman.

Dalic berkata baru-baru ini kejayaannya adalah kerana kepercayaan beliau kepada Tuhan, dan dia selalu membawa Rosario untuk bertahan pada masa-masa yang sukar. Dialik bercakap mengenai imannya semasa di radio Katolik Croatia ketika Piala Dunia bermula.

“Semua yang saya lakukan dalam hidup saya dan dalam kerjaya profesional saya, saya sangat bergantung dengan iman saya, dan saya berterima kasih kepada Tuhan saya,” kata Dalic. Croatia mendapat tiket ke perlawanan akhir Piala Dunia selepas mengalahkan England 2-1 dalam permainan lebih masa, pada 11 Julai. “Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya,” kata Dalic sambil menambah bahawa “tanpa keyakinan yang kuat dan motivasi itu, ia akan menjadi sangat sukar untuk mencapainya.”

“Apabila seorang lelaki kehilangan harapan, maka dia harus bergantung kepada Tuhan kita yang penuh belas kasihan,” katanya. Dalic menjelaskan bahawa “Saya selalu membawa Rosario” dan “apabila saya berasa bahawa saya akan mengalami masa yang sukar, saya meletakkan tangan saya di dalam saku saya, saya berpaut padanya dan semuanya menjadi lebih mudah.”

Mengenai harapan rakyat Croatia sempena Piala Dunia 2018 di Rusia, dia menyatakan bahawa “Saya tahu apa yang diharapkan oleh rakyat Croatia.”

Namun beliau menegaskan, “mencari yang terbaik dalam hidup adalah sentiasa membawa kepuasan dan kebahagiaan. Manusia mesti sentiasa jujur dengan dirinya sendiri dan dengan orang lain.

“Sebelum perlawanan 11 Julai”, Dalic berkata, “Kami tidak takut siapa pun, malah England.” Pelatih berusia 51 tahun, berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Semasa muda, dia juga pernah bermain dengan pasukan bola sepak Croatia, di antaranya Hajduk Split, Inter Zapresic dan Varteks Varazdin

Pada tahun 2000, beliau menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional dan mula melatih pasukan Croatia.

Pada tahun 2010 beliau ke Arab Saudi untuk memimpin pasukan Al-Faisaly Harmah dan kemudian Al-Hilal. Setahun kemudian, dia berpindah ke Emiriyah Arab Bersatu untuk menjadi jurulatih kelab Al-Ain. Pada Oktober 2017, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Croatia. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments