Kanak-kanak Syria perlu bantuan kemanusiaan sekarang!

13 tahun sejak perang saudara di Syria, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa “hampir 7.5 juta kanak-kanak di negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan — malah lebih mendesak berbanding semasa konflik.”

Mar 28, 2024

Kanak-kanak Syria lebih mudah terdedah kepada tekanan psikososia.


DAMASCUS: 13 tahun sejak perang saudara di Syria, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa “hampir 7.5 juta kanak-kanak di negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan — malah lebih mendesak berbanding semasa konflik.”

UNICEF menyatakan bahawa kira-kira 650,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami kekurangan zat makanan kronik. Bilangan ini meningkat kira-kira tiga puluh peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Selanjutnya, kira-kira satu pertiga daripada semua kanak-kanak di Syria dilaporkan mengalami tekanan psikososia di mana kanak-kanak perempuan lebih mudah terdedah daripada kanak-kanak lelaki.

Pengarah Serantau UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khodr berkata, “Realiti yang lebih menyedihkan ialah hari ini dan pada hari-hari mendatang, ramai kanak-kanak di Syria akan meraikan ulang tahun ke-13 mereka, menjadi remaja, mengetahui bahawa seluruh zaman kanak-kanak mereka sehingga kini telah ditandai dengan konflik, perpindahan dan serba-serbi kekurangan.”

Adele menambah, kanak-kanak Syria “memerlukan penyelesaian jangka panjang secara damai. Tetapi kita tidak boleh menunggu sahaja perkara itu berlaku.”

UNICEF menyatakan bahawa agensi itu memerlukan lebih daripada 400 juta dolar “untuk menyediakan talian hayat penting kepada lebih lapan juta orang, termasuk lebih lima juta kanak-kanak.”

Adele berkata, “Sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa adalah mustahak untuk memulihkan sistem menyalurkan perkhidmatan sosial asas yang penting seperti pendidikan, air dan sanitasi, kesihatan, pemakanan, perlindungan kanak-kanak dan sosial, memastikan tiada kanak-kanak di Syria tertinggal.” — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments