Karnival rumah terbuka MYTC tarik ramai pengunjung

The Montfort Youth Training Centre (MYTC) telah mengadakan karnival terbuka tahunannya pada 9 Oktober lalu.

Nov 08, 2016

KINARUT – The Montfort Youth Training Centre (MYTC) telah mengadakan karnival terbuka tahunannya pada 9 Oktober lalu.

Karnival yang diadakan dari jam 8.00 - 2.30 petang itu dihadiri oleh umat dari jauh dan dekat. Sambil mencuci mata dengan pelbagai barangan yang dijual, kawasan MYTC dimeriahkan dengan hiburan muzik oleh Chris Gomez.

Sebanyak 60 gerai menjual makanan, barangan kudus dan media dari Daughters of St Paul, serta produk buatan pelajar Skills Development Campus MYTC.

Di seberang jalan MYTC, tersergamnya bangunan Pentadbiran yang disiapkan pada tahun lalu. Bangunan itu menempatkan Pejabat Direktur, Akaun, Sumber Manusia dan Pentadbiran dan Jabatan Hal Ehwal serta Pengumpulan Dana. Ia juga digunakan sebagai ruang makan bagi para pelatih MYTC dan terdapat sebuah dewan yang boleh menempatkan seramai 150 orang serta bilik mesyuarat.

Bangunan itu juga dilengkapi dengan dewan serbaguna cum pusat sukan di mana ia mempunyai padang futsal dan gelanggang takraw/badminton.

Acara tahunan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengumpulkan RM230,000 untuk kegunaan 280 pelatih MYTC yang kebanyakannya berasal dari keluarga kurang mampu.

Kursus-kursus di MYTC memberikan mereka kursus kepakaran selama dua tahun dalam bidang mekanik permotoran, membuat perabot, penghawa dingin dan peti ais.

Total Comments:0

Name
Email
Comments