Katolik dan Buddha bergabung dirikan pusat bantuan makanan

Hampir 60 minggu rakyat Malaysia menghadapi beberapa versi perintah kawalan pergerakan serta mengakibatkan mereka yang miskin, golongan migran bertambah susah.

Jul 10, 2021

KUALA LUMPUR: Hampir 60 minggu rakyat Malaysia menghadapi beberapa versi perintah kawalan pergerakan serta mengakibatkan mereka yang miskin, golongan migran bertambah susah.

Memandangkan makanan dan barangan keperluan amat diperlukan oleh golongan yang susah, Gereja Our Lady of Fatima (OLF) Brickfields, bekerjasama dengan Maha Vihara Buddha, Brickfields, menubuhkan pusat bantuan makanan.

Paderi Paroki OLF, Fr Dr Clarence Devadass berkata, “Kami ingin mempunyai satu tempat gabungan di mana orang boleh datang dan menyumbangkan barangan keperluan dapur daripada setiap kumpulan masing-masing menjalankan program sendiri.

Kami juga telah menjemput rumah ibadat lain yang berdekatan tetapi masih belum mendapat balasan daripada mereka.

“Ini adalah waktu bagi orang-orang yang berlainan agama untuk bersatu, tidak kira siapa kita. Ini bukan mengenai memegang sepanduk kita sendiri atau memuliakan diri sendiri. Terdapat ramai orang yang memerlukan pertolongan pada masa pandemik ini. ”

Menurut Fr Clarence, kolaborasi ini membantu memaksimumkan sumber daya sehingga lebih banyak orang dapat dihubungi, tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, atau agama. OLF dan kuil Buddha akan berkongsi pangkalan data dan nombor hubungan mereka, supaya pembahagian untuk yang memerlukan dapat dilakukan dengan sewajarnya.

“Pihak kuil merancang untuk menjalankan projek ini di seluruh negara tetapi kami mahu fokus pada kawasan kejiranan dan pendatang di sekitar kami,” kata Fr Clarence.

Sekiranya anda dapat menyokong usaha ini, pihak paroki memerlukan barangan seperti berikut: beras (5kg), gula (1kg), minyak masak (1L), kopi, teh, milo, susu pekat, garam, serbuk kari, meehoon, tepung (1kg) mi segera, biskut, telur, tin sardin, ubat gigi, dan sabun mandi.

Mereka yang bermurah hati boleh membeli barangan tersebut atas talian dan menghantarnya ke Gereja OLF pada jam 9.00 pagi6.00 petang atau hubungi fatimachurch@ archkl.org atau Whatsapp: 016.650 5039. Projek gabungan ini bermula pada 7 Julai sehingga akhir bulan ini.

Total Comments:0

Name
Email
Comments