Kaum muda kupas isu ateisme

Pelayanan Belia Chapel Kristus Aman tetap terus bertemu dan menyebarkan kasih Tuhan meskipun ada bahagian di dunia masih mengamalkan kuarantin serta menjaga penjarakan sosial melalui kemudahan media digital.

Aug 21, 2020

KUALA LUMPUR: Pelayanan Belia Chapel Kristus Aman tetap terus bertemu dan menyebarkan kasih Tuhan meskipun ada bahagian di dunia masih mengamalkan kuarantin serta menjaga penjarakan sosial melalui kemudahan media digital.

Para belia ini berhimpun di dalam sesi mereka melalui aplikasi Zoom dan Google Meet.

Baru-baru ini, mereka berhimpun pada 25 Julai melalui Zoom untuk berbincang mengenai topik Answering Antheism.

Matlamat sesi ini ialah untuk berbincang topik ateisme kepada para belia dan mengongsikan bagaimana mereka dapat menghadapi isu ini dari sudut pandangan Katolik.

Perbincangan ini dikendalikan oleh Ianis Ho. Ia dimulakan dengan pengenalan ke pada atheism diikuti beberapa video yang membincangkan pelbagai pandangan tentang ateis serta menggalakkan para belia untuk lebih peka akan topik tersebut.

Para belia juga dibahagikan dalam kumpulan melalui fungsi Breakout Rooms di mana selepas perbincangan, wakil dari setiap kumpulan mengongsikan hasil perbincangan mereka.

Meskipun diadakan dalam talian, pertemuan belia ini sangat hidup dan mereka masih dapat mengalami kehadiran serta cinta kasih Tuhan melalui komuniti meskipun tidak dapat berinteraksi secara fizikal.

Para belia Kristus Aman mengakui bahawa bertemu di alam maya mempunyai beberapa cabaran tetapi ia membawa manfaat dalam mengadaptasi normal baharu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments