KAYA-28: Bahagia melayani

Program Kuching Archdiocesan Youth Apostolate 28 (KAYA-28) telah melabuhkan tirainya pada 17 Februari 2020 yang lepas. Program ini telah bermula pada 13 Januari - 17 Februari 2020.

Mar 21, 2020

KOTA PADAWAN: Program Kuching Archdiocesan Youth Apostolate 28 (KAYA-28) telah melabuhkan tirainya pada 17 Februari 2020 yang lepas. Program ini telah bermula pada 13 Januari - 17 Februari 2020.

Misa Kudus penutupan dipimpin oleh Bapa Uskup Agung Kuching, Dr Simon Poh. Turut hadir bersama paderi-paderi dari paroki-sekitar Kuching.

Uskup Agung Simon Poh dalam ucapanya berharap para peser ta KAYA-28 ini dapat memimpin dan terus melayani di mana sahaja mereka berada dengan ilmu dan nilai baik yang telah dipelajari sepanjang lima minggu di program KAYA.

Seramai 105 orang peserta dari pelbagai paroki di bawah Keuskupan Agung Kuching telah berjaya menamatkan penyertaan mereka dalam program tersebut. Mereka ini datangnya dari Paroki St Joseph Kuching, Paroki Blessed Sacrament BDC, Chapel of Mother Mary  Stutong, Paroki St Stephen Bau, Paroki Holy Spirit Lundu, Paroki St Theresa Serian, Paroki St Jude Bunan-Tebedu dan Paroki Our Lady Queen of Peace, Simanggang.

Turut membantu dalam menjayakan program ini, Sr Catherine Uming, Sr Evelyn, Seminarian Henrry Umar dan 14 fasilitator dan tujuh pembantu sambilan yang membantu di dapur.

Kuching Archdiocesan Youth Commission @ KAYC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pend erma yang telah menyumbang kewangan dan makanan untuk jayakan program KAYA ini.

Juga kepada mereka yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung khasnya kepada umat dari setiap paroki dan luar keuskupan agung Kuching. Kami sangat menghargai setiap doa dan sokongan anda banyak membantu dalam menjayakan program KAYA-28 ini. 

Di bawah merupakan perkongsian beberapa orang belia yang menyertai program:

Perserta kongsi pengalaman perjumpaan dengan Yesus dalam KAYA-28

Pada awalnya, saya berasa ragu-ragu ingin menyertai program KAYA28 ini. Ini adalah kerana saya satu-satunya wakil dari paroki Chapel of Mother Mary. Pengalaman saya dalam program KAYA-28 ialah saya mempelajari banyak perkara yang sebelum ini saya tidak tahu.

Saya belajar tentang perjalanan Misa, mengendalikan Taize, Divine Mercy, Rosari dan banyak lagi. Di samping itu, saya belajar hidup berdikari kerana tidak pernah berjauhan dari keluarga. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang menyertai  KYA-28.-- Maria Mikhaelia anak Jackson dari Chapel of Mother Mary Stutong

Selain belajar berdoa, saya juga belajar untuk mengamalkan sikap berdikari, bekerjasama dan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dalam kumpulan.

Melalui program outreach, saya juga belajar untuk hidup berkomuniti dengan penduduk di bandar dan di luar bandar khususnya bersama keluarga angkat yang mengakrabkan lagi hubungan kami dalam cinta kasih Tuhan. --Elsy Froser anak Gorin, St Ann, Kota Padawan

Perkara yang telah saya pelajari sepanjang KAYA-28 ini ialah cara untuk memimpin dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab serta bagaimana menarik umat dan para belia untuk turut serta mendengar pelbagai sesi ceramah oleh para paderi dan penyampai sesi.

Saya yakin setiap ceramah itu berguna untuk memperkukuhkan lagi iman saya selepas KAYA 28.  --Alvin Tumah , St Stephen, Bau

Bagaimana menjadi seorang leader dalam pelayanan seperti  Praise and Worship, doa Rosari, Misa Kudus,  Holy Hour, dan sebagainya adalah antara pengalaman berharga saya dalam KAYA28. 

Saya juga dibimbing menepati masa, lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. --Kelly Lyzz Anak Domanic dari St Theresa, Serian

Apa yang saya pelajari sepanjang KAYA-28 ialah BELIA ADALAH TERANG GEREJA. Komuniti kampung mahupun bandar memerlukan tenaga, idea dan semangat pasukan daripada belia kerana belia adalah pemimpin masa hadapan. 

Saya juga menghargai ilmu keagamaan yang diturunkan oleh para penceramah kepada kami seperti cara berdoa Divine Mercy, praise and worship dan sebagainya yang boleh kami gunakan untuk kaum muda di gereja masing-masing, untuk lebih mempersatukan kami dan memperkasa iman kami. --Mark Alyfrin anak Dominick dari Holy Spirit, Lundu

Sesi I-Chat. amat menyentuh hati saya kerana isi kandungannya manakala tayangan video pula membantu saya dalam mempertahankan iman  Katolik saya. KAYA-28 juga membantu diri agar berani mengongsikan ajaran agama Gereja Katolik dan telah memberikan saya keberanian untuk memimpin semua pelbagai jenis doa. -- Miranda Anak Poleon dari St Jude Bunan-Tebedu

Total Comments:0

Name
Email
Comments