Keadilan meninggikan martabat bangsa

Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menghimbau doa untuk CFM menghimbau doa untuk Perdana Menteri dan semua pemimpin kerajaan agar terus kuat serta berani mentadbir negara Malaysia yang dikasihi ini.

Aug 31, 2018

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menghimbau doa untuk CFM menghimbau doa untuk Perdana Menteri dan semua pemimpin kerajaan agar terus kuat serta berani mentadbir negara Malaysia yang dikasihi ini.

Mesej yang ditandatangani oleh Presiden dan ahli-ahli tertinggi CFM pada 24 Ogos mengatakan Hari Merdeka dan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi makna baru bagi semua rakyat Malaysia selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang buat kali pertama menyaksikan perubahan kerajaan dalam negara sejak kemerdekaannya pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

CFM juga menekankan usaha membanteras kemiskinan dan menghapuskan rasuah serta korupsi bagi membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama untuk generasi yang akan datang. Mesej penuh CFM adalah seperti berikut:

Hari Merdeka dan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi makna baru bagi semua rakyat Malaysia susulan hasil terpenting Pilihan Raya Umum Ke-14 yang buat kali pertama menyaksikan perubahan kerajaan dalam negara sejak kemerdekaannya pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Rakyat Malaysia teruja untuk menjadi negara bersatu seperti yang dibayangkan oleh bapa-bapa pendiri kita ketika negara kita mula-mula ditubuhkan dan ada semangat ketara serta harapan bahawa Malaysia akan menjadi negara yang harmoni, damai, memberi banyak peluang, kesamarataan dan kemakmuran.

Oleh itu, marilah kita meraikan musim peringatan dan perayaan ini dengan penuh rasa syukur dan sukacita untuk pemilihan yang aman dan peralihan Kerajaan yang baru. Marilah kita bersyukur dan memuji kepada Tuhan kemurahan-Nya dan untuk memberkati bangsa kita dengan harapan baru.

CFM menghimbau doa untuk Perdana Menteri kita, Timbalan Perdana Menteri, ahli-ahli Kabinet dan pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri masing-masing. Semoga semua pemimpin negara dan negeri kita diberi kesihatan yang baik dan kekuatan dan keberanian untuk mentadbir negara kita yang dikasihi dan membina semula ekonomi kita dengan integriti yang tidak berkompromi, dengan kejujuran, kerendahan hati, berbelas kasihan, bijaksana, kegigihan, kesaksamaan, keadilan dan ketelusan.

Marilah kita juga berdoa agar ahli-ahli Pembangkang akan bangkit memainkan peranan yang boleh dipercayai sebagai semakan dan mengimbangi Kerajaan, membina sistem dua parti yang berdaya maju untuk memikul tanggungjawab Kerajaan dalam menunaikan semua janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan bagi kebaikan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Dengan percaya bahawa dosa dan korupsi akan membawa kepada kejatuhan manamana negara kerana “Keadilan meninggikan martabat bangsa, tetapi dosa mendatangkan hinaan kepada bangsa”(Amsal 14:34, Alkitab Berita Baik), kami mendesak Kerajaan untuk merumuskan undangundang, polisi-polisi dan praktik terbaik yang akan menghapuskan segala bentuk rasuah di semua peringkat.

Meskipun orang yang berdosa mesti dipertanggungjawabkan, kami juga menggesa kerajaan untuk bertindak secara adil dan saksama bukan berdasarkan dendam politik terhadap penyokong Kerajaan terdahulu. Malaysia perlu membina demokrasi matang di mana tidak ada kebimbangan apabila ada perubahan kerajaan.

Walaupun usaha menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk meringankan kesulitan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah amat dialualukan namun, lebih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membina semula ekonomi kita.

Semakan dan pembatalan projek mega yang mewah adalah permulaan yang sangat baik tetapi kajian mendalam tentang dasar untuk menaikkan taraf rakyat Malaysia yang miskin dan semua etnik tidak mengira kepercayaan, juga amat diperlukan.

Sekiranya kita mahu membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama bagi generasi yang akan datang, kemiskinan perlu dihapuskan dengan berkesan melalui kos kehidupan sebenar agar program-program berkesan untuk kemajuan dengan sokongan negeri dapat dilaksanakan bukan sahaja untuk membasmi kemiskinan pada kumpulan- kumpulan signifikan di negara ini termasuk orang asli seperti Penan dan Orang Asli serta golongan miskin bandar tetapi juga untuk merapatkan perbezaan jurang antara orang terkaya dan yang paling miskin di kalangan kita.

Marilah kita berganding tangan dan mengambil bahagian dalam membina semula negara ini. Begitu banyak yang perlu dilakukan untuk menzahirkan transformasi nasional yang tulen.

Oleh itu, marilah kita mengetepikan perbezaan kita, membuang retorik kemarahan yang menyebabkan perselisihan dan perpecahan di antara kita, menghargai dan menghormati satu sama lain sebagai rakyat Malaysia yang sejati, bersatu sebagai usaha kita dan bekerja dengan semangat baru dan hati yang baru untuk membawa negara tercinta kita ke tahap yang lebih tinggi di mana ada keamanan, keharmonian dan kemakmuran untuk semua.

Marilah kita berbangga dengan negara kita yang hebat dengan memberi sokongan penuh kepada perayaan negara kita dan dengan bangga mengibarkan bendera negara kita, Jalur Gemilang, di rumah, pejabat dan pusat agama kita.

Kepada semua rakyat Malaysia: Sayangi Malaysiaku!

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia!

Tandatangan:

Uskup Agung Julian Leow Beng Kim Pengerusi

Uskup Agung Dr. Simon Poh Hoon Seng Naib Pengerusi

Uskup Dr. Ong Hwai Teik Naib Pengerusi

Pendeta Dr. Eu Hong Seng Naib Pengerusi

Total Comments:0

Name
Email
Comments