Kejam! Dua paderi Mexico diculik dan dibunuh

Sehari selepas dua orang paderi diculik dari paroki mereka, Fr Alejo Nabor Jiménez Juárez dan Fr José Alfredo Suárez de la Cruz telah ditemui mati dibunuh di sebuah ladang.

Sep 30, 2016

KOTA MEXICO: Sehari selepas dua orang paderi diculik dari paroki mereka, Fr Alejo Nabor Jiménez Juárez dan Fr José Alfredo Suárez de la Cruz telah ditemui mati dibunuh di sebuah ladang.

Majlis para Uskup Mexico mengesahkan kematian dua orang paderi ini dan menyampaikan ucapan takziah serta doa mereka kepada Keuskupan Papantla, Mexico, di mana dua orang paderi itu melayani dan kedua-dua keluarga paderi yang dibunuh tersebut.

“Kami amat kesal, pilu dan marah di atas terjadinya keganasan ini,” ujar majlis para uskup.

“Dalam tempoh penuh pilu dan hiba ini, marilah kita memanjatkan doa ke syurga agar kedua-dua paderi ini mendapat bersemadi dengan aman, marilah memohon kepada Tuhan agar menyentuh hati para pembunuh.

“Kami juga sedang menanti pihak berkuasa untuk menyiasat apa yang telah berlaku dan mengenakan keadilan terhadap mereka yang bertanggungjawab,” ujar kenyataan itu lagi. “Kami mohon kepada Tuhan agar Dia memberkati tanah kelahiran kita yang tercinta dan memohon pertolongan Bonda Maria dari Guadalupe, Ratu Keamanan dan bersama-samalah kita bersatu dengan keamanan serta kesejahteraan bersama," demikian kata akhir dalam kenyataan para uskup tersebut.

Dua orang paderi tersebut telah diculik pada 18 Sept 2016 di Paroki Our Lady of Fatima di kota Poza Rica, sebuah kota yang terletak di selatan Teluk Mexico dalan negeri Veracruz. Mayat keduadua paderi itu ditemui pada hari berikutnya di sebuah padang berdekatan kota Papantla.

Seorang lagi lelaki turut diculik bersama kedua-dua paderi tersebut, tetapi berjaya melepaskan diri dan ditemui masih hidup. Pihak berkuasa Veracruz menyatakan bahawa mangsa diletakkan dalam perlindungan yang ketat.

Poza Rica dan kawasankawasan di Veracruz telah menjadi lubuk dadah dan keganasan sejak bertahuntahun lamanya tetapi tidak diketahui mengapa paderi turut dijadikan sasaran. Paderi juga menjadi sasaran keganasan di tempat-tempat lain di Mexico.--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments