Kekal berada di rumah, elak balik kampung

Dengan perayaan Gawai dan cuti persekolahan, marilah kita membuat keputusan dan mempersembahkan pengorbanan cinta kita dengan tidak kembali ke kampung halaman. Dengan menjaga jarak fizikal, kita melindungi orangorang yang kita sayangi.

May 29, 2021

KUCHING, Sarawak: Dengan  perayaan Gawai dan cuti persekolahan, marilah kita membuat  keputusan dan mempersembahkan pengorbanan cinta kita dengan tidak kembali ke kampung  halaman. Dengan menjaga jarak  fizikal, kita melindungi orangorang yang kita sayangi. 

Demikian kata-kata nasihat  Uskup Agung Simon Poh dari  Keuskupan Metropolitan Kuching berikutan peningkatan kes  Covid-19 di Malaysia dan seluruh  dunia. 

Prelatus itu menekankan bahawa semua umat mempunyai tanggungawab moral bagi memastikan  keselamatan dan kesejahteraan  orang lain. Prelatus itu menyelitkan kata-kata tersebut semasa  menyampaikan pesan Pentakosta  2021. 

Sempena hari Pentakosta,  Uskup Agung itu berdoa agar Roh  Kudus sentiasa mencerahkan iman  serta mengangkat hati umat untuk  berbelas kasihan, berharap dan disembuhkan. 

“Marilah kita membawa harapan dan kehidupan melalui katakata keprihatinan dan tindakan  belas kasihan dan kebaikan kita,”  kata Uskup Agung Simon Poh.

Total Comments:0

Name
Email
Comments