Kem Komuni Pertama di St Dominic Lahad Datu

Buat kali pertama, Komiti Kateketikal Paroki St Dominic, Lahad Datu menganjurkan Kem Penyambutan Pertama bagi 151 calon Komuni Pertama pada 23 Septemb

Oct 13, 2017

LAHAD DATU: Buat kali pertama, Komiti Kateketikal Paroki St Dominic, Lahad Datu menganjurkan Kem Penyambutan Pertama bagi 151 calon Komuni Pertama pada 23 September lalu.

Kem yang dimulakan dengan Upacara Pentakhtaan Alkitab itu menggunakan tema, “Menghayati & Mengenali Yesus dalam Ekaristi.”

Sesi pertama dimulakan dengan sesi suai kenal dan Icebreaking. Kemudian diteruskan dengan bengkel Sakaramen Baptis yang dikendalikan oleh Pengerusi Komiti Kateketikal, Sdra Sebastian Francis. Pada akhir sesi ini, calon Komuni Pertama dan Pembimbing melakukan aktiviti 14 pernyataan Pembaptisan yang betul atau salah.

Sesi seterusnya adalah mengenai Ekaristi. Sdra Sebastian memberikan penerangan tentang susunan tatacara Misa Kudus dalam bentuk games. Dalam sesi ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengisi tempat kosong pada kertas yang disediakan tentang susunan tatacara Misa Kudus.

Di dalam sesi Pertobatan, diadakan aktiviti “Knee Injury/ Spiritual Healing” untuk memperlihatkan para calon bagaimana melalui proses pertobatan.

Setelah makan tengah hari, para calon dibawa bermain “Mencari Harta Karun” di mana para calon melihat beberapa gambar kelengkapan yang digunakan dalam Misa Kudus lalu mencari gambar berkenaan di sekitar dewan.

Selepas permainan tersebut, para peserta kemudiannya diperkenalkan kepada alat sebenar atau kelengkapan yang digunakan dalam Misa Kudus.

Sesi seterusnya dibuat dalam bentuk bengkel iaitu “Anak yang Hilang.” Para peserta menyusun cerita tentang kisah Anak Yang Hilang dalam Injil, seterusnya wakil setiap kumpulan akan menceritakan semula hasil dapatan mereka di hadapan calon yang lain.

Kem diakhiri dengan perkongsian-perkongsian daripada calon Komuni Pertama dan ditutup dengan doa oleh Pembimbing.

Total Comments:0

Name
Email
Comments