Kemarahan Yesus di Bait Tuhan

Oleh pencurahan Roh Kudus tubuh kita menjadi tempat sembah yang baru.

Aug 28, 2021

Soalan:Dalam petikan kisah Yesus menyucikan Bait Tuhan (Yoh. 2:13-25), dikisahkan Yesus sangat marah dengan para pedagang yang berjualan di halaman Bait Tuhan. Apa yang membuat Yesus marah? Apakah kerana barang yang dijual atau kerana penjualannya tidak adil? Adakah alasan kemarahan Yesus ini ada kaitannya dengan kisah Perjanjian Lama? — Rhea

Jawaban: Menarik sekali pertanyaan ini. Alasan kemarahan Yesus di Bait Tuhan disebut secara metaforis, dengan mengutip Mazmur 69:10: “Cinta untuk rumah-Mu menghanguskan aku.”

Mazmur itu berisi doa ratapan, yang bercerita tentang pemazmur sebagai hamba Tuhan yang setia, namun dicela dan dihujat oleh saudarasaudaranya, justeru kerana kesetiaannya itu.

Dengan mengutip petikan dari Mazmur ini, Yohanes langsung menunjuk konflik yang muncul, antara Yesus Putera Tuhan dan para penjaga Israel, yang melupakan identitinya. Yesus berhadapan dengan praktik pasar yang merosakkan tujuan Bait Tuhan. :Jangan kamu membuat rumah Bapa-Ku menjadi tempat jualan.”

Injil Sinoptik menambahkan lagi: “Rumah-Ku adalah rumah doa. Tetapi kamu menjadikannya sarang penyamun” (Luk. 19:46. Bdk. 21:13 dan Mat. Mrk. 11:17).

Penyamun adalah pencuri licik, sekaligus perampok yang serakah. Yesus mengetahui gelagat itu dalam sistem pasar Bait Tuhan. Mereka licik kerana menyediakan barang untuk korban bakaran, seperti merpati, dan haiwan korban lainnya.

Tersedia pula wang penukar, kerana Bait Tuhan mempunyai wang sendiri, yang berbeza dari wang yang dipakai sehari-hari. Jadi tidak masalah sebenarnya dengan barang yang dijual, kerana memang diperlukan.

Para penziarah tidak perlu gusar atau bersusah payah membawa semuanya dari kampung mereka yang jauh dari Yerusalem.

Yang salah ialah sistem dan akibat dari penyimpangannya. “Perampok-perampok” tersembunyi memanfaatkan situasi untuk mengaut keuntungan daripada ketulusan para penziarah.

Suasananya menjadi tidak adil lagi; ada persaingan, monopoli dan kelicikan. Rumah doa umat pilihan Tuhan telah menjadi sarang kerakusan dunia.

Relasi dengan Tuhan Maha Belas Kasih pun terhalang. Tindakan Yesus ini mengingatkan kita pada Sri Paus Fransiskus, ketika berbicara tentang sistem kewangan tertentu yang lebih bersifat mengatur, daripada melayani. Aturan demi aturan biasa mencekik, tetapi semangat pelayanan umat manusia kurang diperhatikan. Aturan menjadi tanpa etika dan martabat manusia terabai (bdk. EG).

Lebih lanjut, kemarahan Yesus juga bermakna simbolik. Injil Yohanes membandingkan Bait Tuhan dengan Tubuh Yesus sendiri, sebagai lambang baru kehadiran Tuhan, yang menggantikan Bait Tuhan Yerusalem.

Di dalam Yesus ini terbuka jalan baru kepada Tuhan. Dialah Bait Tuhan sejati. Seperti bait Tuhan Yesus akan menyerahkan tubuh-Nya dibongkar dalam kematian, dan menjadi sumber keselamatan dalam kebangkitan-Nya. Di dalam Dia kita menemukan hukum baru yang mengatasi hukum lama.

Kerana kematian dan kebangkitan Yesus ini menyelamatkan manusia, perombakan rumah Tuhan ini juga menunjuk pengangkatan martabat kita, yang disatukan dalam kematian dan kebangkitan-Nya. Juga tubuh orang yang percaya merupakan rumah Tuhan, seperti dikatakan oleh Paulus.

Oleh pencurahan Roh Kudus tubuh kita menjadi tempat sembah yang baru. Yesus sendiri menunjuk hal ini dalam percakapan dengan perempuan Samaria, “Akan tiba saatnya bahawa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran” (bdk. Yoh.4:21- 23).

Kesimpulannya, Yesus marah kerana jatidiri rumah doa hancur. Tindakan itu bermakna simbolik, menunjuk pada sistem agama yang tercemar, tetapi juga sebuah langkah menuju jalan baru melalui diri-Nya. Yesus hendak mengembalikan jalan relasi sejati dengan Tuhan, yang akan mengangkat martabat kita. — Fr Gregorius Hertanto MSC, hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments