Kematian bermaruah... apa maksudnya?

Filem Million Dollar Baby mengisahkan tentang seorang wanita muda yang menjadi peninju profesional. Muda, kuat, dan fizikalnya sangat menarik, dia memikat hati anda kerana, di sebalik semua cabaran, dia akhirnya berjaya berada di puncak kejayaan dalam bidang sukan.

Jun 20, 2020

Filem Million Dollar Baby mengisahkan tentang seorang wanita muda yang menjadi peninju profesional. Muda, kuat, dan fizikalnya sangat menarik, dia memikat hati anda kerana, di sebalik semua cabaran, dia akhirnya berjaya berada di puncak kejayaan dalam bidang sukan.  Tetapi kemudian kisah itu menjadi tragis; dia dipukul secara tidak adil oleh pihak lawan dan akhirnya lumpuh, tubuhnya patah dan dengan itu kesihatan dan daya tarikannya lemah. Dan keadaan itu kekal, tidak ada penawarnya. Dia memilih untuk mengakhiri hidupnya melalui euthanasia.

Saya telah menonton filem ini dengan sepasang pasangan muda, kedua-duanya setia dengan ajaran gereja dan kepercayaan mereka. Mereka berdua bersimpati dengan wanita muda dalam watak filem itu yang memilih untuk mati secara euthanasia. Mereka tidak berdebat akan cara kematian itu sebaliknya dengan emosi berkata, "Dia sangat muda dan cantik! Dia tidak seharusnya menghabiskan sepanjang hidupnya dalam keadaan yang teruk itu!” Di mata pasangan muda itu, keadaan watak utama filem itu yang lemah telah menghilangkan martabatnya yang penting.

Apa itu martabat? Bila dan bagaimana ia hilang?

Martabat adalah istilah yang bercampur baur, ia mempunyai pelbagai makna. Ia juga istilah yang licik. Kadang-kadang ia tidak lagi bermaksud seperti apa yang pernah ia maksudkan dan tanpa disedari, ia sangat benar dari ketika istilah  ini diterapkan hari ini untuk "kematian bermaruah?” Apa yang menentukan kematian dengan bermaruah?

Tidak lama setelah Brittany Maynard mati kerana euthanasia dan ia menjadi kes yang menarik perhatian umum, Jessica Keating menulis sebuah artikel di majalah Amerika yang menilai kematian itu dari pelbagai sudut pandang. Pada satu tahap, dia mengangkat pertanyaan tentang martabat dan menulis: “Penggunaan istilah yang menggambarkan kematian dengan maruah dengan cara mengambil nyawa sendiri adalah gambaran yang sangat bermasalah, kerana ia menutupi kenyataan tentang ketakutan dan menyamakan martabat secara eksklusif dengan autonomi radikal, pilihan, dan kemampuan kognitif.

Hasilnya adalah implikasi “kasar” dan mempengaruhi pandangan bahawa orang yang memilih kemerosotan daya tarikan tubuh dan penderitaan akibat penyakit, sebagai kematian yang kurang bermaruah. " (Amerika, 16 Mac 2015)

Dalam banyak perbincangan kita mengenai kematian bermaruah pada hari ini sebenarnya membawa implikasi buruk terhadap orang yang berani memilih penuaan dan penderitaan serta tidak euthanasia. Mereka yang berani meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakit yang merampas kecantikan mereka, pula dipandang dengan padangan masa sekarang, mati kurang bermaruah!

Memang sukar untuk dinafikan, mengingat etos budaya yang dominan bahawa  kemerosotan kesihat an fizikal dan penderitaan dilihat sebagai sangat mencemar maruah kita. Tetapi suatu ketika dahulu, masyarakat pernah mempunyai pandangan bahawa tubuh yang sudah tua dan lemah, sebagai sesuatu yang bermaruah dan cantik. Tetapi mengapa pandangan kita tentang perkara ini begitu berbeza pada hari ini?

Pandangan zaman ini berbeza berdasarkan cara  bagaimana kita mengangkat martabat dan kecantikan itu. Bagi kita, martabat berkaitan terutamanya dengan kesihatan fizikal, kecergasan fizikal, dan daya tarikan fizikal tubuh manusia. Bagi kita pada zaman ini, estetika adalah seperti rumah dengan satu bilik  dan bilik itu ialah daya tarikan fizikal.

Semua yang lain merosakkan maruah kita. Ini menjadikan kita sukar untuk menerima sebarang proses pengurangan atau kemerosotan daya fizikal tubuh yang merampas daya hidup dan daya tarikan fizikalnya sebagai proses yang ber maruah. Namun begitulah biasanya proses kematian berfungsi. Sekiranya anda pernah menyaksikan seseorang yang mati akibat penyakit yang membawa maut, dan berada di sisinya ketika dia meninggal, anda tahu bahawa secara fizikal,tubuh dan kecantikan pesakit itu tidak cantik. Penyakit boleh melakukan perkara yang mengerikan kepada tubuh. Tetapi adakah ini merosakkan maruah? Adakah ia menjadikannya kurang cantik?

Itu bergantung pada kerohanian seseorang dan apa yang dianggapnya sebagai bermaruah dan cantik. Ambil contoh kematian Yesus. Dengan konsep martabat hari ini, ia bukan kematian yang sangat bermaruah.

Kita selalu “menguduskan” pemikiran kita tentang penyaliban Yesus daripada kebenaran yang sangat menyakitkan. Penyaliban itu sangat memalukan.

Ketika orang Roma memilih penyaliban sebagai kaedah hukuman mati, mereka bukan sahaja mahu mengakhiri hidup seseorang tetapi juga membawa maksud lain. Selain ingin membuat seseorang menderita secara optimum, mereka juga ingin menghinanya secara total dan terbuka dengan mengaibkan tubuhnya.

Oleh itu orang itu ditelanjangkan, alat kelamin pesalah itu terdedah, dan ketika dia mengalami kekejangan pada saat-saat sebelum kematian, air kecil dan besar akan terkeluar. Apa lagi yang memalukan selain cara kematian seperti ini? Tidak ada yang lebih dahsyat selain daripada hukuman mati sep erti ini?

Namun, siapa yang akan mengatakan bahawa Yesus tidak mati dengan hormat? Kita tetap memikirkan keindahan kematianNya dan martabat yang terpampang di dalamnya. Tetapi itu dalam estetika yang berbeza, budaya yang tidak lagi kita fahami. Bagi kita, martabat dan kecantikan tidak dapat dipisahkan dari kesihatan fizikal, daya tarikan fizikal, dan kemerosotan kesihatan dan fizikal yang semakin menurun akibat penyakit, dianggap memalukan dan menghilangkan martabat manusia. Jika begitu, mengikut perspektif itu, nampaknya, Yesus juga kehilangan  martabat dalam kematian.

Saya yang adalah orang pertama mengakui bahawa  kehilangan martabat dikaitkan dengan kematian adalah masalah yang sangat kompleks yang menimbulkan persoalan undang-undang, perubatan, psikologi, keluarga, sosial, etika, dan kerohanian yang tidak mempunyai jawapan yang mudah. Tetapi di dalam semua persoalan ini masih ada suatu yang elegan, amat indah: apa yang akhirnya menjadikan seseorang itu cantik?

Bagaimana, akhirnya, kita dapat melihat martabat pada tubuh yang semakin merosot? Adakah seseorang yang mempunyai tubuh fizikal yang masih menarik, tidak sempurna, yang secara sukarela memilih untuk mati sebelum kecantikan itu dirosakkan oleh penyakit yang mematikan, lebih bermaruah daripada Yesus? --Hakcipta Terpelihara 1999-2020 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments