Kematian-Nya menyucikan dan mengampuni semua dosa

Kematian Yesus mencuci semua yang bersih, termasuk sikiap acuh tak acuh dan dosa. Inilah pesan jelas dan terang dari Injil Lukas tentang kematian-Nya.

Apr 10, 2020

Kematian Yesus mencuci semua yang bersih, termasuk sikiap acuh tak acuh dan dosa. Inilah pesan jelas dan terang dari Injil Lukas tentang kematian-Nya.

Seperti yang kita tahu, kita mempunyai empat Injil, masing-masing menceritakan kisah kesengsaraan dan kematian Yesus dengan cara tersendiri. Seperti yang kita ketahui juga penceritaan dalam Injil  bukanlah laporan jurnalistik mengenai apa yang berlaku pada hari Jumaat Agung tetapi lebih kepada tafsiran teologi tentang apa yang berlaku selepas itu. Mereka menceritakan kematian Yesus lebih daripada laporan berita  dan, seperti seni yang baik, mereka bebas menyerlahkan intipati tertentu yang memperdalamkan lagi makna peristiwa tersebut.

Setiap penulis Injil mempunyai tafsirannya mereka masing-masing  mengenai apa yang berlaku di Kalvari.

Bagi Lukas, apa yang berlaku dalam kematian Yesus adalah wahyu yang jelas, yang pernah berlaku, mengenai skop pemahaman Tuhan, pengampunan, dan penyembuhan yang luar biasa. Baginya, kematian Yesus membasuh semuanya hingga menjadi bersih melalui pengertian , pengampunan, dan penyembuhan yang memungkiri segala tanggapan yang menunjukkan sesuatu yang bertentangan. Untuk menjelaskan perkara ini, Lukas menyoroti beberapa elemen dalam naratifnya.

Pertama, dalam penceritaannya bagaimana Yesus ditangkap di  Taman Gethsemane, dia memberitahu kita bahawa setelah salah seorang pengikutnya menyerang hamba Imam Besar dan memenggal telinganya, Yesus menyentuh telinga lelaki itu dan menyembuhkannya. Lukas menceritakan dengan teliti, penyembuhan yang dilakukan oleh Yesus, penyembuhan itu terjadi dalam semua situasi, bahkan pada situasi kepahitan, pengkhianatan, dan keganasan. Anugerah Tuhan akan akhirnya menyembuhkan apa yang terluka dalam kebencian.

Kemudian, selepas Petrus menyangkal-Nya sebanyak tiga kali dan semasa Yesus dibawa jauh setelah disoal siasat oleh Sanhedrin, Lukas memberitahu kita bahawa Yesus berpaling dan melihat ke arah Petrus dengan telus yang menyebabkan Petrus menangis teresak-esak dan sangat menyesal. Segala-galanya dalam teks ini dan segala sesuatu yang datang selepas itu menunjukkan bahawa pandangan Yesus yang menyebabkan Petrus untuk menangis dengan sedih dan teresak-esak, bukanlah satu kekecewaan dan tuduhan, bukan juga pandangan yang  menyebabkan Petrus menangis dengan malu.

Tidak, sebaliknya ia adalah pandangan yang penuh pengertian dan empati, di mana ia belum pernah dilihat oleh Petrus, menyebabkan dia menangis dengan lega, mengetahui bahawa segala-galanya baikbaik sahaja dan Dia tidak berdendam atau marah terhadapnya.

Dan apabila Lukas menceritakan perbicaraan Yesus di hadapan  Pilatus, dia menulis sesuatu yang tidak diceritakan  di dalam kisah perbicaraan Yesus pada Injil lain iaitu, Pilatus menghantar Yesus kepada Herodes dan bagaimana mereka berdua, yang saling bermusuhan hingga ke hari itu, menjadi sahabat pada hari yang sama."

Seperti yang dikatakan Ray Brown, mengulas teks ini, "Yesus mempunyai kesan penyembuhan walaupun pada mereka yang menganiaya dia."

Akhirnya, dalam kisah Lukas, kita tiba di dalam penceritaan di tempat Yesus disalibkan dan ketika mereka menyalibnya, Dia mengucapkan kata-kata yang terkenal: “Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.” Kata-kata itu, yang selama-lamanya dijunjung oleh orang Kristian sebagai kriteria utama tentang bagaimana kita harus memperlakukan musuh kita dan orangorang yang menganiaya kita, merangkum wahyu yang mendalam yang terkandung dalam  kematian Yesus.

Ia diucapkan dalam konteks yang kelihatannya seperti Tuhan akan disalibkan oleh manusia, kata-kata ini mendedahkan bagaimana Tuhan melihat dan memahami tindakantindakan kita yang paling buruk: Bukan sebagai kehendak yang buruk, bukan sebagai sesuatu yang akhirnya memalingkan kita terhadap Tuhan atau Tuhan berpaling daripada kita, tetapi kejahilan – sikap mudah, tidak bersalah, tidak dapat dikalahkan, difahami, boleh diampuni, serupa dengan tindakan merosakkan diri seorang anak yang tidak bersalah.

Dalam konteks itu juga, Lukas menceritakan Yesus mengampuni si pencuri yang baik. Apa yang mahu ditekankan oleh Lukas di sini, melangkaui yang nyata, juga beberapa perkara: Pertama, bahawa lelaki itu diampuni bukan kerana dia tidak berdosa, tetapi dosadosanya telah diampuni; kedua, bahawa dia telah diangerahkan sesuatu yang lebih jauh daripada permintaan sebenarnya daripada Yesus; dan akhirnya, bahawa Yesus tidak akan mati dengan urusan yang belum selesai, dosa manusia ini harus terlebih dahulu dihapuskan.

Akhirnya, dalam kisah Lukas, tidak seperti naratif Markus dan Matius, Yesus tidak mati setelah mengungkapkan rasa diabaikan sebaliknya,  mati dalam menyatakan kepercayaan sepenuhnya: "Bapa, ke dalam tangan-Mu, Ku serahkan hidup-Ku.” Lukas mahu kita melihat kata-kata ini sebagai teladan bagaimana kita boleh  menghadapi kematian kita sendiri, di dalam kelemahan kita.

Apa pelajarannya di sini? Leon Bloy pernah menulis bahawa hanya ada satu kesedihan sejati dalam kehidupan, iaitu tidak menjadi seorang Santo. Pada akhir hari apabila setiap kita menghadapi kematian kita, ini menjadi penyesalan terbesar kita, bahawa kita terlepas menjadi seorang Santo.

Tetapi, seperti yang ditunjukkan oleh Yesus dalam kematiannya, kita boleh mati dalam (walaupun dalam kelemahan) dengan mengetahui bahawa kita mati di tangan yang selamat.

Tidak seperti tradisi Kristian kisah kesengsaraan dan kematian Yesus, Lukas tidak menumpukan pada nilai penebusan kematian Yesus. Apa yang ditekankan ini ialah: kematian Yesus mencuci semua perkara sehingga bersih, mencuci semua kita dan seluruh dunia. Ia menyembuhkan segalagalanya, memahami segala-galanya, dan memaafkan segala-galanya — segala kejahilan, kelemahan, kecurangan, dan pengkhianatan di pihak kita.

Dalam narasi kesengsaraan Yesus oleh Yohanes, jenazah Yesus ditembusi tombak dan segera "darah dan air" (kehidupan dan penyucian) mengalir keluar. Dalam Injil Lukas, tubuh Yesus tidak ditembusi tombak. Bagi Lukas, ini tidak perlu. Pada masa hembusan terakhir nafas-Nya, Dia telah mengampuni semua orang dan semuanya telah disucikan sebersih-bersihnya. -- Fr Ron Rolheiser,@ Hakcipta Terpelihara 1999-2020

Total Comments:0

Name
Email
Comments