Kemunculan ular sembah ikon Bonda Tuhan di Kefalonia

Kemunculan ular sembah ikon Bonda Tuhan di Kefalonia

Aug 24, 2018

ATHENS, Greece: Setiap tahun, sempena perayaan Dormisi Bonda Tuhan, sebuah biara di kepulauan Yunani mengalami mukjizat iaitu kemunculan berpuluh-puluh ekor ular kecil berwarna hitam datang untuk ‘menyembah’ ikon Bonda Maria.

Fenomena ini dilaporkan telah berlaku selama 100 tahun. Ular-ular hitam mula muncul di kepulauan Kefalonia Greek di antara 5-15 Ogos, iaitu hari di mana Gereja Orthodoks Yunani merayakan dormisi Bonda Tuhan (Gereja Barat merayakannya sebagai Hari Pengangkatan Bonda Maria ke Syurga).

Menurut cerita tradisi, mukjizat ular-ular itu bermula pada tahun 1705, ketika para biarawati sedang diancam oleh lanun.

Lagenda mengatakan bahawa para biarawati berdoa bersungguh-sungguh kepada Perawan Maria, menukar mereka kepada ular agar tidak ditangkap oleh para lanun tersebut. Ada juga versi yang mengatakan para biarawati itu berdoa agar biara itu diturunkan ular untuk menakutkan para lanun. Tidak diketahui mana satu kisah yang benar tetapi para biarawati itu telah selamat.

Sejak itu, ular-ular kecil berwarna hitam yang dikenali sebagai Ular Ikan Keli Eropah, muncul setiap tahun sebelum perayaan Dormisi Bonda Tuhan, mereka memasuki dinding dan pintu masuk Gereja untuk ‘menyembah dan menghormati’ ikon Maria yang dikenali sebagai Panagia Fidoussa atau Perawan Ular.

Beberapa tahun lalu, umat beriman membawa ular-ular tersebut dalam plastik atau beg demi menyelamatkan mereka dilanggar oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab. Ular yang biasanya agresif ini dikatakan amat tenang dan jinak dalam t empoh tersebut. Ular-ular itu juga dialu-alukan di Gereja semasa Misa dan doa, serta hilang sepenuhnya dari kepulauan itu selepas perayaan bonda Maria dan kembali lagi pada musim perayaan yang sama, tahun hadapan.

Dilaporkan, hanya sekali sahaja ular-ular itu tidak muncul di kepulauan tersebut semasa Perang Dunia ke-II dan pada tahun 1953, ketika pulau itu mengalami gempa bum yang dahsyat.

Umat tempatan kini percaya bahawa jika kurang ular yang muncul maka ia membawa petanda buruk. Setiap tahun, pulau itu merayakan Dormisi Bonda Tuhan dan mukjizat 12 ekor ular dengan Perayaan Ular. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments