Kenali Santo Anda Perawan Maria diangkat ke Syurga

Pada Hari Raya Bonda Maria ini Gereja merayakan hak istimewa Bonda Maria, Bonda kita.

Aug 10, 2018

Perawan Maria diangkat ke Syurga
~15 Ogos ~

Pada Hari Raya Bonda Maria ini Gereja merayakan hak istimewa Bonda Maria, Bonda kita.

Bonda Maria Diangkat ke Syurga ertinya Bonda Maria masuk dalam kemuliaan syurga tidak hanya jiwanya saja, tetapi juga dengan tubuhnya. Putera Tuhan dikandung dalam rahim murni Perawan Maria.

Jadi, memanglah tepat, jika tubuhnya harus juga dimuliakan segera sesudah hidupnya di dunia berakhir.

Sekarang Bonda Maria berada di syurga. Dia adalah ratu syurga dan bumi. Dia adalah Bonda Gereja Kristus dan Ratu para Rasul.

Setiap kali Bonda Maria meminta Yesus untuk menganugerahkan berkat dan rahmat- Nya kepada kita, Yesus mendengarkan permintaan Bonda-Nya. Setelah dibangkitkan dari kematian, kita pun juga, dapat pergi ke syurga dengan tubuh kita. Jika sekarang kita mempergunakan tubuh kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik, kelak tubuh kita akan memperoleh bahagian kemuliaan di syurga.

Setelah kebangkitan, tubuh kita akan menjadi sempurna. Dia tidak akan menderita sakit lagi. Dia tidak memerlukan makanan atau pun minuman agar tetap hidup. Dia akan dapat pergi ke semua tempat tanpa waktu atau pun usaha. Ia akan menjadi elok dan mengagumkan!

Maria Diangkat ke Syurga dengan jiwa dan raganya merupakan dogma iman (dogma — ajaran resmi Gereja). Kebenaran yang indah ini dinyatakan oleh Paus Pius XII pada 1 November 1950.

Sementara kita merayakan Hari Raya Bonda Maria, kita dapat mempercayakan diri kita pada pemeliharaan serta kasih keibuan Bonda Maria. Bahagian manakah dalam hidupku yang paling memerlukan bimbingannya?

Total Comments:0

Name
Email
Comments