Kenali Santo Anda : Santo Gregorius Agung ~ 3 Sept ~

Santo Gregorius Agung ~ 3 Sept ~

Aug 31, 2018

~ 3 Sept ~
Santo Gregorius Agung 

St. Gregorius dilahirkan pada tahun 540 di Roma. Ayahnya seorang anggota Majlis Tinggi dan ibunya adalah St. Celia. Gregorius belajar filsafat dan meskipun usianya masih muda, beliau telah diangkat menjadi Gabenor Roma. Ketika ayahnya meninggal, Gregorius merombak rumahnya yang besar menjadi sebuah biara.

Selama beberapa tahun, beliau hidup sebagai seorang biarawan yang saleh dan kudus. Kemudian Paus Pelagius mengangkatnya menjadi salah seorang dari tujuh Diakon Roma.

Ketika Paus wafat, Gregorius dipilih untuk menggantikannya. Gregorius sama sekali tidak menginginkan kehormatan seperti itu. Namun oleh kerana kekudusan dan kebijaksanaannya, semua orang mahu beliau menjadi Paus dan yakin beliau akan menjadi Sri Paus yang baik.

Namun, Gregorius berusaha mengelak daripada menerima jabatan itu lalu menyembunyikan diri dalam sebuah gua, tetapi akhirnya dia ditemui semula dan diangkat juga menjadi Paus. Selama 14 tahun beliau memimpin Gereja, walaupun sering sakit tetapi prelatus itu merupakan salah seorang Paus terbesar Gereja yang banyak menulis buku serta merupakan seorang pengkhutbah yang ulung.

Beliau mencurahkan perhatiannya kepada segenap umat manusia. Malah sesungguhnya, beliau menganggap dirinya sebagai abdi semua orang. Gregoriuslah Paus pertama yang menggunakan gelaran “hamba dari para hamba Tuhan” Semua paus sesudahnya menggunakan gelaran ini.

St. Gregorius juga amat peka terhadap penderitaan orang banyak yang disebabkan oleh ketidakadilan serta orang miskin. St. Gregorius wafat pada 12 Mac 604.

Total Comments:0

Name
Email
Comments