Kenali Santo Anda St. Aidan

Aidan adalah seorang biarawan Ireland yang hidup pada abad ketujuh.

Aug 28, 2021

St. Aidan
~ 31 Ogos ~

Aidan adalah seorang biarawan Ireland yang hidup pada abad ketujuh.

Beliau tinggal di biara besar di Iona yang didirikan St Columban.

Pada masa itu, St Oswald menjadi Raja England Utara pada tahun 634. Raja mengundang para misionari untuk mewartakan Injil kepada rakyatnya yang masih kafir.

Namun, misionari pertama yang melayani di tempat itu tidak dapat bertahan dan mengeluh kerana menurut mereka, orang-orang Inggeris amat kasar dan liar.

Sto Aidan mengajar para misionari itu agar meneladani Sto Paulus.

Sto Paulus mengajar eterlebih dahulu ajaran-ajaran yang mudah dan ketika orang-orang telah bertambah kuat dalam Sabda Tuhan, baharulah dia memulakan ajaran-ajaran yang lebih sempurna mengenai hukumhukum Tuhan yang kudus.

Para biarawan mencadangkan Aidan untuk ke England Utara. Aidan pergi dengan sukacita dan semangat doa.

Dia mengajar tentang kerajaan Tuhan dan Raja Oswald sendiri menterjemahkan khutbah-khutbah Aidan ke dalam bahasa Inggeris sehingga Aidan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. St Aidan berkelana ke seluruh penjuru negeri dengan berjalan kaki, berkhutbah dan menolong ramai orang yang memerlukan.

30 tahun melayani, Sto Aidan sentiasa mengalualukan kedatangan biarawan, paderi mahupun umat awam di tempat pelayanannya. Di Pulau Lindisfarne, St Aidan mendirikan sebuah biara besar. Ramai orang kudus dihasilkan di sini sehingga Lindisfarne dikenali sebagai Pulau Kudus.

Sedikit demi sedikit, pengaruh pewartaan yang giat ini mengubah England Utara menjadi kepulauan Kristian yang beradab. St Aidan wafat pada tahun 651.

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Like it