Kenali Santo Anda St. Antonius Maria Zaccaria

Antonius dilahirkan di Itali pada tahun 1502. Ketika masih muda, ayahnya meninggal dunia. Ibunya merupakan teladan bagi Antonius yang prihatin terhadap orang-orang miskin.

Jul 03, 2021

St. Antonius Maria Zaccaria
~ 5 Julai ~

Antonius dilahirkan di Itali pada tahun 1502. Ketika masih muda, ayahnya meninggal dunia.

Ibunya merupakan teladan bagi Antonius yang prihatin terhadap orang-orang miskin.

Antonius kemudiannya belajar di Universiti Padua agar kelak beliau dapat menjadi seorang doktor. Antonius baru berusia dua puluh dua tahun ketika menamatkan pelajarannya.

Doktor yang masih belia itu amat cemerlang dalam pekerjaannya. Namun demikian, dia tidak merasa puas kerana tahu keinginan terbesarnya ialah menjadi paderi.

Antonius mulai belajar teologi sambil tetap merawat mereka yang sakit, menghibur serta memberikan semangat kepada mereka yang menjelang ajal.

Antonius mempergunakan seluruh waktu luangnya untuk membaca serta merenungkan surat-surat St. Paulus dalam Kitab Suci.

Dia membaca kisah rasul besar Paulus berulang kali dan banyak merenungkan keutamaankeutamaannya. Setelah ditahbiskan sebagai imam, St. Antonius Maria pindah ke kota besar Milan.

Di sana, dia membantu lebih ramai umat serta mementuk ordo para imam yang disebut Pekerja-pekerja Tetap St. Paulus atau “Barnabit” kerana ordo mereka berpusat di Gereja St. Barnabas di Milan.

Sesuai teladan rasul Paulus, St. Antonius dan para imamnya berkhutbah di merata tempat.

St. Antonius Maria baru berusia tiga puluh tujuh tahun ketika wafat pada 5 Julai, 1539. Beliau dinyatakan kudus oleh Sri Paus Leo XIII pada tahun 1897.

Total Comments:0

Name
Email
Comments