Kenali Santo Anda St. Simon dan St. Yudas Tadeus

St Simon dan St Jude Tadeus, kedua-duanya rasul Yesus yang dirayakan pestanya pada hari yang sama.

Oct 22, 2021

Kenali Santo Anda St. Simon dan St. Yudas Tadeus
~ 28 Oktober ~

St Simon dan St Jude Tadeus, kedua-duanya rasul Yesus yang dirayakan pestanya pada hari yang sama.

St. Simon disebut “orang Zelot (setia)” kerana dia amat taat kepada hukum Yahudi. Suatu ketika, Simon dipanggil oleh Yesus untuk menjadi rasul-Nya.

Simon menyerahkan jiwanya serta mengerahkan tenaganya untuk mewartakan Injil. Bersama para rasul yang lain, Simon menerima karunia Roh Kudus pada hari Pentakosta. Kemudian, menurut kisah-kisah lisan, dia pergi ke Mesir untuk mewartakan iman. Selanjutnya, dia pergi ke Persia bersama dengan rasul St. Jude, dan kedua-duanya wafat sebagai martir di sana.

St. Jude disebut juga Tadeus, ertinya “si pemberani”. St Judelah yang mengajukan kepada Kristus pertanyaan yang terkenal pada Perjamuan Malam Terakhir. St. Jude bertanya, “Tuhan, apakah sebabnya maka Engkau hendak menyatakan diri-Mu kepada kami, dan bukan kepada dunia?” Jawab Yesus, “Jika seorang mengasihi Aku, dia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia.”

St. Jude juga dikenali sebagai santo pelindung bagi “perkara yang sulit atau hampir tidak ada harapannya.” Umat beriman mohon bantuan doanya ketika kelihatan hampir tidak ada harapan sama sekali atas persoalan mereka.

Seringkali Tuhan menjawab doa-doa mereka oleh kerana bantuan doa rasul

Total Comments:0

Name
Email
Comments