Kenali Santo Anda Sto Marselinus & Sto Petrus

Kedua-dua orang kudus ini namanya dicantumkan dalam Doa Syukur Agung Pertama Misa Kudus. Mereka secara luas dihormati dan dimohon bantuan doanya oleh umat Kristiani perdana. Pesta kedua-dua martir ini tertera dalam kalender para kudus Roma oleh Sri Paus Vigilius pada tahun 555.

May 29, 2021

Sto Marselinus & Sto Petru
~ 2 Jun  ~

Kedua-dua orang kudus ini  namanya dicantumkan dalam  Doa Syukur Agung Pertama Misa  Kudus. Mereka secara luas dihormati dan dimohon bantuan doanya  oleh umat Kristiani perdana. Pesta  kedua-dua martir ini tertera dalam  kalender para kudus Roma oleh  Sri Paus Vigilius pada tahun 555.

Marselinus adalah seorang paderi dan Petrus melayani Marselinus dalam pelayanan sang imam.  Kedua-duanya amat gagah berani  dalam mempraktikkan iman Kristian mereka. 

Mereka melayani komunit Kristian dengan pengorbanan diri yang  besar. Pada masa penganiayaan  oleh Diocletian, rami umat Kristian telah dibunuh. 

Ini termasuklah kedua-dua  orang kudus yang disenaraikan sebagai menerima hukuman penggal  kepala. Lebih kejam lagi, sebelum  dibunuh, mereka dipaksa untuk  menggali liang kubur mereka  sendiri. 

Mereka dibawa ke sebuah lokasi  rahsia untuk melaksanakan tugas  berat tersebut. Lokasi itu adalah  sebuah hutan yang disebut Silva  Nigra. Hanya beberapa ketika, baharulah kubur mereka ditemui di  tempat terpencil tersebut. 

Pembunuh upahan yang membunuh mereka akhirnya telah  bertobat dan menjadi seorang  Kristian. Orang inilah yang menghantar umat Kristiani mengambil  sisa-sisa jenazah kedu-dua orang  kudus itu, yang kemudian dimakamkan kembali dalam katakomba St Tiberius. 

Sri Paus Gregorius IV mengirimkan sebahagian dari relik  mereka ke Frankfurt, Jerman pada  tahun 827. Sri Paus yakin bahawa  relikui kedua orang martir ini akan  mendatangkan berkat bagi Gereja  di negara itu.

Yesus menyerahkan hidup-Nya 
bagi kita. Kita pun sepatutnya 
menyerahkan hidup kita bagi Dia. 
Tuhan, apakah ada sesuatu yang 
dapat aku lakukan bagi-Mu 
pada hari ini?

Total Comments:0

Name
Email
Comments