Ketua HAM PBB kesal kanakkanak, wanita terbunuh di Rafah

Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk telah menyeru para pemimpin dunia untuk “bersatu demi melindungi penduduk awam yang terperangkap di Rafah” di mana sebarang pencerobohan ketenteraan oleh tentera Israel akan “membawa lebih banyak kematian, kecederaan dan migrasi berskala besar — malah jenayah kekejaman akan terus berlanjutan.”

May 03, 2024


RAFAH, Palestine: Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk telah menyeru para pemimpin dunia untuk “bersatu demi melindungi penduduk awam yang terperangkap di Rafah” di mana sebarang pencerobohan ketenteraan oleh tentera Israel akan “membawa lebih banyak kematian, kecederaan dan migrasi berskala besar — malah jenayah kekejaman akan terus berlanjutan.”

Dalam satu kenyataan pada April 23, Ketua Hak Asasi Manusia PBB kesal serta mengutuk imej terbaharu seoang kanakkanak pramatang yang diambil dari rahim ibunya yang sedang tenat manakala 15 orang kanak-kanak telah dibunuh di dua buah rumah.

Sehingga 22 April, menurut pihak berkuasa di Gaza, daripada 34,151 rakyat Palestine yang terbunuh di Gaza, 14,685 adalah kanak-kanak dan 9,670 wanita. 77,084 lagi telah cedera dan lebih 7,000 yang lain diandaikan terperangkap di bawah runtuhan.

Türk menegaskan bahawa “setiap 10 minit seorang kanak-kanak terbunuh atau cedera dan meskipun mereka dilindungi di bawah undang-undang perang, namun mereka adalah insan yang paling berisiko, nyawa mereka sentiasa terancam.”

Beliau juga berasa ngeri dengan kemusnahan Kompleks Perubatan An Nasser dan Kompleks Perubatan Al Shifa serta laporan penemuan kubur besar di dalam dan sekitar lokasi ini.

Turk telah menggesa siasatan bebas, berkesan dan telus terhadap laporan-laporan tersebut. Pesuruhjaya Tinggi itu berkata penderitaan luar biasa yang disebabkan oleh peperangan, kesengsaraan, kemusnahan, kebuluran, penyakit dan risiko konflik yang lebih meluas — harus segara diakhiri buat selama-lamanya.

Beliau mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera, pembebasan tebusan dan mereka yang ditahan dalam tahanan serta aliran bantuan kemanusiaan yang tidak terhalang. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments