Keuskupan Miri: Maklumat terkini Misa hujung minggu, bangku untuk keluarga dan Misa di parkir kereta

Kami ingin mendorong keluarga yang tinggal di bawah satu bumbung untuk duduk bersama semasa Misa. Atas sebab ini, kami telah menetapkan satu bahagian setiap gereja sebagai bangku keluarga. Pengaturan ini juga akan meningkatkan kapasiti gereja secara keseluruhan dengan jarak sosial.

Jun 26, 2020

1. BANGKU KELUARGA
Kami ingin mendorong keluarga yang tinggal di bawah satu bumbung untuk duduk bersama semasa Misa. Atas sebab ini, kami telah menetapkan satu bahagian setiap gereja sebagai bangku keluarga. Pengaturan ini juga akan meningkatkan kapasiti gereja secara keseluruhan dengan jarak sosial.

Butir-butir terperinci tentang bangku Keluarga

I. Untuk memenuhi syarat bagi bangku keluarga, ia mestilah disediakan untuk keluarga dari rumah yang sama, minimum empat ahli keluarga dan maksimum enam anggota menghadiri Misa bersama. Semasa anda menempah tempat duduk, tempahlah bangku keluarga agar anda dapat duduk bersama-sama tanpa penjarakan sosial.

2.Bagi keluarga yang memiliki tiga orang ahli atau kurang, sila tempah tempat duduk individu.

3.Setiap bangku keluarga dipisahkan dengan jarak satu meter dari tempat duduk seterusnya.

4. Semasa menghadiri Misa semua SOP yang lain harus dipatuhi.

2. JADUAL MISA HUJUNG MINGGU  27-28 JUN
Jadual Misa kekal sama seperti minggu lalu. Tempahan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Khamis dan Jumaat; Sabtu 8.00pagi-12.00 tengah hari. Tidak ada had untuk jumlah tempahan setiap panggilan.

Katedral St Joseph ((Tel: 011 1074 8873)
-- Sabtu Misa Senja 6.00ptg (Eng) 
-- Sabtu 7:00pagi (Mandarin)
--Ahad 9:00pagi (Mandarin) Dengan siaran langsung
-- Ahad: 11:00pagi (BM) Dengan siaran langsung 
-- Ahad: 5:00ptg (Eng) Dengan siaran langsung.  

Gereja Carmelite  (Tel: 011 1087 7325)
-- Ahad  7:00 pagi (Eng)
-- Ahad  9:00pagi (Eng)

Gereja Mater Dei (CMD) (Tel: 011 1087 7320)
-- Sabtu Misa Senja 6.00ptg (Eng/BM)
-- Ahad Misa Tempat Parking 7:00pagi (Eng/BM)
-- Ahad  9:30pagi (lban)
-- Ahad 1I:30pagi(Iban)
-- Ahad 5:00ptg (Iban)

Gereja St Anthony , Tudan (Tel: 011 1087 7322)
-- Sabtu Misa Senja  6.00ptg (BM)
-- Ahad  7:00 pagi (BM)
-- Ahad  9:00pagi (BM)
-- Ahad 5:00 ptg  (BM)

3. MISA HARIAN
Misa harian akan bermula di Katedral St Joseph jam 7.00pagi dan 5.30 petang; Gereja Carmelite jam 6.15 pagi dan Gereja Mater Dei jam 6.30 pagi. Tidak perlu menempah.

4. PENGAKUAN Ada pengakuan 30 minit sebelum setiap Misa dan juga atas permintaan. Anda boleh membuat temu jadi dengan paderi untuk melakukan pengakuan di pejabat mengikut waktu pejabat. 

5.MISA DI PARKIR KERETA, GEREJA MATER DEI (CMD)
Misa di tempat letak kereta diadakan setiap hari Minggu pada jam 7.00 pagi di CMD.

Peringatan:
1.Tidak perlu menempah. Siapa cepat dia dapat. Tempat Letak Kereta dapat menampung 200 kereta dengan jarak sosial.
2.Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan.
3.Mereka yang mempunyai tanda-tanda demam, batuk, selesema dan sesak nafas tidak dibenarkan.
4. Penunggang motosikal tidak dibenarkan.
5. Sila bawa sanitizer tangan untuk membersihkan tangan sebelum menerima komuni. Warden juga akan menyembur sanitizer untuk anda jika diperlukan.
6. Tandas tidak akan dibuka kecuali kecemasan. Sila gunakan tandas di rumah sebelum hadir Misa. 
7. Jangan keluar dari kenderaan anda apabila berada di perkarangan gereja.

6. MAKSIMA BILANGAN INDIVIDU UNTUK SATU MISA
Kerajaan telah menambah jumlah bilangan umat dalam satu Misa dari 100 orang kepada 250 orang. Kami yang mematuhi had 250 umat bermula Misa hujung Minggu 27-28 Jun. Berikut merupakan jumlah maksima bagi setiap gereja dengan jarak sosial:

Katedral St Joseph : 181
Gereja  Mater Dei (CMD): 450
Gereja Carmelite : 184
Gereja St Anthony, Tudan: 129

Total Comments:0

Name
Email
Comments