Khemah Belia KeuskupanKeningau-5 bakal beraksi di ParokiSook

Pada 10 Mac lalu, Khemah Belia Keuskupan Keningau kali ke 5 (KBK5) bagi peringkat paroki Keningau telah dilancarkan dalam PerayaanEkaristi pada 10 Mac lalu.

Apr 12, 2019

KENINGAU : Pada 10 Mac lalu, Khemah Belia Keuskupan Keningau kali ke 5 (KBK5) bagi peringkat paroki Keningau telah dilancarkan dalam PerayaanEkaristi pada 10 Mac lalu.

Misa yang dipimpin oleh Uskup Cornelius itu turut menyaksikan upacara di mana 301 katekumen telah diterima sebagai calon baptis.

KBK5 merupakan anjuran Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau.

Dengan tema,“Sesungguhnya aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataan-Mu,” KBK5 akan beraksi di Paroki Gereja Roh Kudus, Sook pada 11-15 Ogos 2019.

Kali terakhir, KBK4 telah diadakan pada bulan Jun 2015 di Paroki St Peter, Bundu, Kuala Penyu yang dihadiri lebih 560 peserta dengan tema, “Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Tuhan” (Mat 5:8). — KOMSOS K’Gau

Total Comments:0

Name
Email
Comments