Kisah ‘bakar’ bawa transformasi iman luar biasa

Umat berbahasa Malaysia berhimpun di Chapel Corpus Christi Kem Terendak pada 15 Julai lalu sempena roadshow pembinaan iman.

Aug 10, 2018

MELAKA: Umat berbahasa Malaysia berhimpun di Chapel Corpus Christi Kem Terendak pada 15 Julai lalu sempena roadshow pembinaan iman.

Ini sejajar dengan pastoral thrust keuskupan yang vokal dengan 4E iaitu (Encounter, Enlighten, Empower & Evangelizing).

Sesi-sesi kali ini membicarakan tentang tiga kisah “terbakar” dalam Kitab Suci yang membawa kepada transformasi iman yang hebat.

Sesi pertama, “Semak yang Terbakar” disampaikan oleh Diakon Anthony Chua yang menceritakaan pengalaman Musa mengalami kehadiran Tuhan dalam kejadian semak terbakar.

Sesi kedua tentang "Rumah yang terbakar" oleh Sr Maria Magdalena FSIC yang menceritakan tentang Ratu Ester yang berani menyelamatkan bangsanya dari dibunuh.

Dan sesi ketiga, “Hati yang terbakar” yang disampaikan oleh Sr. Jaslia FSIC yang mengongsikan tentang dua murid Yesus dalam perjalanan ke Emaus, di mana Yesus menyertai perjalanan itu dan bagaimana mereka mengenal Yesus semasa Dia memecahmecahkan roti.

Sebelum sesi-sesi tersebut disampaikan, hadirin terlebih dahulu mendengar pesan dan ucapan daripada Uskup Bernard Paul melalui video.

Dari perkongsian peserta, mereka mengatakan bahawa sesi-sesi dalam roadshow tersebut amat menarik serta mahu menyertai sesi sebegini pada masa akan datang. -- SylvesterOsol

Total Comments:0

Name
Email
Comments