Kita hanyalah manusia biasa yang tidak terhindar dari membuat kesilapan

Dalam akhbar HERALD keluaran 18 Jun, 2017, saya tertarik dengan surat daripada Sdri Rhonda Mell dalam Ruangan Pembaca, bertajuk: Motivasi belia perlu dipupuk bukan dibebel.

Aug 05, 2017

Salam damai Editor,

Dalam akhbar HERALD keluaran 18 Jun, 2017, saya tertarik dengan surat daripada Sdri Rhonda Mell dalam Ruangan Pembaca, bertajuk: Motivasi belia perlu dipupuk bukan dibebel.

Sebagai manusia biasa, saya percaya kita mempunyai banyak kelemahan, sama ada kita sedar mahupun dalam keadaan tidak sedar. Kelemahan-kelemahan ini akan kita sedari sekiranya ada orang yang menegur kita. Tentu saja teguran kadangnya kasar dan kadang lembut.

Dalam pelayanan Gereja, saya percaya teguran senior ke atas kita belia juga sering berlaku. Teguran membebel yang membosankan, ada kalanya membuat orang seperti ingin meninggalkan Gereja dan mencari Gereja yang mengalu-alukan kita.

Sekiranya ini berlaku, kita belia yang akan rugi sendiri, kerana iman kepercayaan kita gagal hanya kerana perkara remeh ini. Kita tidak boleh mengubah cara orang melayan atau apa yang mereka katakan tentang kita. Apa yang kita boleh lakukan ialah mengubah cara kita memberi respon terhadap semuanya.

Menyentuh mengenai pakaian ketika ke Gereja, dilihat belia masa kini, ramai yang suka berpakaian kurang sopan. Skirt pendek, baju tanpa lengan, malah kadang-kadang blaus yang mendedahkan bahu, seolah-olah Gereja tempat memperagakan fesyen.

Adalah sangat elok jika kita berpakaian sopan ketika datang ke Gereja kerana Yesus itu Tuhan yang layak kita hormati. Akhir kata, marilah para belia melayani dengan sungguh.

                                                                                                                                                 Jessica
                                                                                                                                                  Sabah

Total Comments:0

Name
Email
Comments