Kitab Suci, buku kehidupan katekis pembimbing

Pada 18 Januari lalu, kira-kira 220 guru Sekolah Minggu dari pelbagai kampung di Paroki Bau menyertai rekoleksi dan sesi kateketikal setengah hari di Gereja St Matthew, Sibuluh,Bau.

Mar 21, 2020

BAU, Sarawak: Pada 18 Januari lalu, kira-kira 220 guru Sekolah Minggu dari pelbagai kampung di Paroki Bau menyertai rekoleksi dan sesi kateketikal setengah hari di Gereja St Matthew, Sibuluh,Bau.

Rekoleksi itu dikendalikan oleh Rektor Gereja St Stephen Bau, Father Peter Liston dengan tema ‘Cari, Kenali, Kongsi Kristus’.

Fr Peter menyampaikan penghargaannya kepada para sukarelawan di atas kesediaan dan kerelaan mereka untuk menyahut seruan tema Kateketikal ini.

Klerus itu menjelaskan, rekoleksi itu adalah peluang bagi mereka memperbaharui dan menyegarkan kembali semangat pelayanan sebagai pembimbing sekolah Minggu di samping mendengar serta mengongsikan pen galaman iman mereka dengan para peserta lain.

Fr Peter menegaskan bahawa kita mesti berusaha untuk mengenali Yesus dengan membaca Kitab Suci, merayakan Sakramensakramen Gereja, berdoa dan beramal. Selain itu, para pembimbing juga diseru agar menyebarkan pesanpesan keselamatan Kristus dan menghidupi cara hidup Kristian agar dapat diteladani oleh orang lain. 

“Semua umat yang dibaptis adalah wajib mewartakan Khabar Baik. Guru pembimbing Sekolah Minggu bukan sahaja membimbing para pelajar Sekolah Minggu mengenal dan mencintai Kristus tetapi juga membantu Paderi serta ibu bapa, dalam memupuk iman para pelajar agar setia dan bangga menjadi Katolik.

Sebagai kesimpulan, Fr Peter memberikan semangat kepada para guru pembimb ing dengan memetik petikan  2 Timotius 4:7 “Aku sudah berjuang dengan baik. Aku sudah menamatkan perlumbaan. Aku sudah menyimpan kepercayaan”.

Rekoleksi ini diakhiri dengan perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Fr Peter.

Selepas Misa, para guru pembimbing mengadakan majlis persaudaraan yang sederhana tetapi amat bermakna di dewan gereja. --Today's Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments