KKD menampakkan sifat universal Gereja yang apostolik

Sekali lagi, Paroki KSFX telah merayakan Hari Ulang Tahun Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang ke-24 tahun. Sambutan ini diadakan di Gereja St. Mary, Bingkor pada 3 November lalu.

Dec 01, 2019

KENINGAU: Sekali lagi, Paroki KSFX telah merayakan Hari Ulang Tahun Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang ke-24 tahun. Sambutan ini diadakan di Gereja St. Mary, Bingkor pada 3 November lalu.

Misa Kudus sempena ulang tahun ini diselebrankan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong. Prelatus itu menyeru umat untuk terus meneruskan semangat kekitaan dalam KKD dalam mengharungi era teknologi yang semakin moden.

"Oleh itu, untuk meneruskan semangat KKD kita ini.  Tiga perkara untuk hidup dalam kesatuan, kesetiaan dan kekudusan. Yang pertama, berbanggalah dengan identiti kita walau di mana pun kita berada. Yang kedua, komited kepada misi kita iaitu mahu digunakan untuk menjadi saluran kehadiran Yesus.

"Dengan berbekalkan dua perkara ini maka kita haruslah yakin bahawa destinasi  akhir kita adalah rumah Bapa di syurga. Jangan lalai dengan komitmen kita" pesan Uskup kepada umat yang hadir.

KKD bukan setakat kumpulan yang terdiri daripada beberapa buah keluarga yang mempunyai satu kepercayaan yang sama tetapi melalui KKD juga, umat dapat mengukuhkan aspek-aspek kehidupan gereja melalui pelbagai aktiviti rohani dalam KKD misalnya membaca kitab Suci bersama, berdoa dan penginjilan. Dengan adanya KKD, umat saling dapat bantu membantu dan menyokong khususnya apabila ada situasi 'kesusahan' seperti anggota KKD yang sakit, ditimpa bencana mahupun kematian.

Seusai Misa, jamuan kesyukuran diadakan dan  pelbagai persembahan pentas turut diadakan untuk memeriahkan majlis. Tuan rumah bagi sambutan ulang tahun KKD pada tahun 2020 adalah di Katedral St. Francis Xavier. --KOMSOS Kgau

Total Comments:0

Name
Email
Comments